Rugi bersih Q1 Komarkcorp menguncup kepada RM2.7 juta | DagangNews Skip to main content

Rugi bersih Q1 Komarkcorp menguncup kepada RM2.7 juta

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Penyedia perkhidmatan pembungkusan dan pencetakan, Komarkcorp Berhad mencatatkan kerugian bersih RM2.7 juta pada suku pertama tahun kewangan 2022 (1QFY22).

 

Prestasi itu menyusut daripada RM8.2 juta yang dicatatkan pada suku tahun sebelumnya, namun berkembang daripada RM1.6 juta rugi bersih yang dicatatkan bagi tempoh sama pada tahun lalu.

 

Menurut kenyataannya, kumpulan mencatatkan kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM2.6 juta bagi suku tahun tersebut, terutamanya disebabkan oleh rosot nilai inventori barangan bukan tunai di Thailand dan peningkatan susut nilai mesin pelitup muka.

 

Pengarah Eksekutif Kumpulan Komarkcorp, Roy Ho berkata, kumpulan menumpukan kepada pengeluaran pelitup muka untuk mengimbangi risiko kebergantungan kepada perniagaan lain.

 

“…Kami menjangkakan prospek bagi industri perkhidmatan pembungkusan pengguna dan pencetakan akan kekal mencabar dalam masa terdekat ini.

 

“Kami percaya terdapat sinergi untuk memanfaatkan pertumbuhan dan pengembangan serta tetap optimis terhadap prospek dan pertumbuhan kami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Kumpulan tidak mengisytiharkan sebarang dividen bagi suku tahun semasa. - DagangNews.com