Rumah mampu milik Melaka RM180k | DagangNews Skip to main content

Rumah mampu milik Melaka RM180k

Chester Properties

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 24 Julai - Peluang memiliki rumah idaman pada harga berpatutan RM180,000 bakal menjadi kenyataan buat rakyat Malaysia khususnya di negeri Melaka.

Jurucakap Chester Properties berkata, kediaman tersebut akan dibina di kawasan Jasin iaitu kawasan perindustrian dan pejabat kerajaan.

"Kediaman ini akan mengambil masa dua tahun pembinaan dan majlis pelancaran akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Pembinaannya disasarkan kepada pekerja sektor awam dan swasta. Pembeli yang berminat boleh mendaftar secara percuma sebelum membuat bayaran deposit sebanyak RM300 untuk pengesahan tempahan," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Chester Properties

Bagi fasa pertama pembinaan rumah teres satu tingkat, sebanyak 744 unit rumah akan dibangunkan di kawasan seluas 50 ekar (20.2 hektar).

Rumah teres itu akan dibina dengan keluasan 20x60 kaki persegi yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

Penjawat awam yang membuat pinjaman kerajaan diberi kelebihan pengecualian pembayaran yuran guaman termasuk bayaran pendahuluan sebanyak 10% ketika membuat tempahan.

Chester Properties

Jelasnya lagi, pemaju turut menampilkan ciri-ciri perumahan terbaik kepada kediaman tersebut seperti taman rekreasi di kawasan seluas tiga ekar (1.2 hektar).

"Kawasan tersebut juga akan mempunyai surau, balai raya, tadika, laluan pejalan kaki serta taman permainan kanak-kanak.

"Memandangkan status rumah ini adalah rumah mampu milik, pembeli harus mematuhi syarat utamanya iaitu pendapatan mereka seharusnya tidak melebihi RM8,000 dan mempunyai pendapatan minimum RM2,500," tambahnya.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Mohd. Ridzwan Iman di talian 019-2202195. - DagangNews.com