Sah, PKP 3.0 disambung hingga 28 Jun ini | DagangNews Skip to main content

Sah, PKP 3.0 disambung hingga 28 Jun ini

Sah, PKP 3.0 disambung hingga 28 Jun ini

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 11 Jun - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diputuskan untuk disambung bagi tempoh dua minggu berkuat kuasa pada 15 sehingga 28 Jun 2021.

 

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi yang melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam sebanyak 6,871.

 

"Senarai positif/negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini.

 

"Mengenai senarai tersebut, boleh dirujuk kepada laman sesawang kementerian berkaitan dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

PKP 3.0 Fasa 1 pada awalnya hanya dijalankan bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

 

Bagaimanapun, perubahan fasa ke fasa hanya akan diteruskan sekiranya kes jangkitan harian berkurangan dengan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal. 

 

.

 

Malaysia mencatatkan sebanyak 6,849 kes jangkitan baharu hari ini.

 

Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu, Selangor menjadi negeri yang mencatatkan kes jangkitan tertinggi sebanyak 2,558, diikuti Kuala Lumpur (884) dan Sarawak (699).

 

Jumlah yang dicatatkan itu sekali gus menjadi jumlah keseluruhan kes jangkitan di Malaysia sebanyak 646,411. - DagangNews.com