Saham AirAsia paling aktif diniagakan selepas diklasifikasi PN17, susut hampir 15% | DagangNews Skip to main content

Saham AirAsia paling aktif diniagakan selepas diklasifikasi PN17, susut hampir 15%

KUALA LUMPUR 14 Jan - Saham AirAsia Group Bhd. mendahului kaunter paling aktif diniagakan pagi ini selepas syarikat penerbangan tambang murah itu diklasifikasi sebagai syarikat bermasalah atau Nota Amalan 17 (PN17). 

 

Setakat 10.37 pagi ini, harga sahamnya susut 11 sen atau 14.77% kepada 63.5 sen dengan 250.91 juta saham diniagakan menjadikan nilai pasaran syarikat pada RM2.5 bilion. 

 

Ketika memulakan dagangan pagi tadi, sahamnya dibuka serendah 67.5 sen, setelah susut 19.5 sen atau 26.17%. 

 

Baca : AirAsia kini diklasifikasikan PN17, rayuan ditolak Bursa Malaysia

 

AirAsia telah gagal dalam usahanya mendapatkan lanjutan bagi langkah-langkah pelepasan daripada Bursa Malaysia dan kini diklasifikasikan PN17.

 

Menurut syarikat penerbangan tambang murah itu, permohonan telah dikemukakan kepada Bursa untuk melanjutkan tempoh pelepasan itu selepas 7 Januari 2022 dan rayuan susulan keputusan penolakan Bursa Malaysia terhadap permohonan itu. - DagangNews.com