Saham Malaysia terus melepasi paras 1,500 naik 4.05 mata | DagangNews Skip to main content

Saham Malaysia terus melepasi paras 1,500 naik 4.05 mata

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasaran saham Malaysia terus mengekalkan trend melepasi paras 1,500 setelah hampir seminggu menunjukkan penurunan. 

Setakat 9.02 pagi, KLCI melonjak 4.05 mata atau 0.27% mencecah paras 1,504.40.

Rakuten Trade Research berkata, FBM KLCI dijangka berada di bawah tekanan tetapi masih kekal di atas paras 1,500.

“Menilai daripada kes pandemik COVID-19 yang kian meningkat, kami percaya para pelabur akan terus tertumpu pada saham berkaitan kesihatan terutamanya sarung tangan.

“Di samping itu, mereka yang secara tidak langsung terlibat bakal menerima manfaat daripada saham Supercomnet Technologies Berhad, D'nonce Technology Berhad dan Ho Wah Genting Berhad,” kata nota kajian pasaran Rakuten Trade.

Sementara itu, pasaran serantau dijangka didagangkan lemah hari ini. 

“Wall Street terus merosot didorong peningkatan kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS). 

“Oleh itu, DJI Average merudum 222 mata dan didagangkan di bawah paras 27,500 hampir ke paras terendah satu bulan,” tambah Rakuten Trade. 

Menurut Bloomberg, niaga hadapan AS dan saham di Asia merosot susulan terdapat kebimbangan terhadap impak pandemik ke atas aktiviti ekonomi di beberapa buah negara.

Saham di Jepun, Australia dan Korea Selatan merudum. - DagangNews.com