Saham Serba Dinamik dibuka rendah | DagangNews Skip to main content

Saham Serba Dinamik dibuka rendah

 

 

KUALA LUMPUR 11 Jun - Saham Serba Dinamik Holdings Bhd dibuka rendah pagi ini, susut 2.34% kepada 62.5 sen setakat 9.14 pagi.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia semalam, pengasas bersama syarikat perkhidmatan minyak dan gas serta kejuruteraan itu, Datuk Awang Daud Awang Putera melupuskan 8.5 juta saham dalam pasaran terbuka.

 

Ini mengurangkan pegangannya kepada 1.8% berbanding 2.24% sebelum itu.

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula buat hari ketiga berturut-turut mulai 2 Jun melupuskan pegangannya dalam pasaran terbuka.

 

Setakat semalam menerusi makluman terbaharunya di Bursa Malaysia, dana itu melupuskan pegangan berjumlah 1,436,200 juta saham, sekali gus mengurangkan pegangan kepada 9.9% dengan 367.41 juta. - DagangNews.com