Samsung Galaxy A dijual seperti harga promosi | DagangNews Skip to main content

Samsung Galaxy A dijual seperti harga promosi

Galaxy A31

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd. melakukan kejutan menyeronokkan dengan menawarkan harga Samsung Galaxy A seperti harga promosi yang dijalankan semasa tawaran #KonfemAwesome.

Samsung Malaysia berkata, pengumuman itu dibuat setelah pihaknya menilai kepada sambutan dan maklum balas yang diterima semasa tawaran berkenaan.

 

Galaxy A01
Galaxy A01

 

"Setiap akhir adalah penanda permulaan yang baharu.

"Sebab maklum balas Tawaran #KonfemAwesome yang baru berakhir diterima dengan baik, kami dengar dan kami ingin mengumumkan bahawa harga pasaran disyorkan (RRP) yang terbaharu untuk model Galaxy A Series," kata Samsung Malaysia dalam satu kenyataan.

 

Galaxy A11
Galaxy A11

 

Berikut adalah senarai harga baharu model Galaxy A Series;

Harga baharu model Galaxy A Series

 

Tambah Samsung Malaysia, sekarang adalah masa yang tepat untuk orang ramai mendapatkan peranti yang canggih pada harga mampu milik.

 

Galaxy A21s
Galaxy A21s

 

"Sekiranya anda inginkan peranti yang dilengkapi dengan prestasi, gaya dan serba boleh yang luar biasa ditambah dengan harga yang berpatutan, inilah saat anda untuk memilikinya.

 

Galaxy A71
Galaxy A71

 

"Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A, boleh layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a-series/," tambah Samsung Malaysia. - DagangNews.com