Sasaran harga sesaham SP Setia ditingkatkan kepada RM1.06 | DagangNews Skip to main content

Sasaran harga sesaham SP Setia ditingkatkan kepada RM1.06

SP Setia

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 15 Dis. - CGS-CIMB Research mengambil pendekatan menaikkan harga sasaran sesaham (TP) syarikat pemaju hartanah, SP Setia Bhd. (SP Setia) kepada RM1.06.

 

CGS-CIMB Research berkata, pihaknya yakin syarikat berkenaan akan diberikan penilaian yang menarik, bank tanah yang besar untuk memenuhi perubahan pilihan pengguna dan jangkaan peningkatan pendapatan pada tahun kewangan 2021 hingga 2022.

 

"Kami melihat penurunan yang terhaad kerana saham diniagakan pada c.0.3x P/BV sejak tahun 2001," jelas CGS-CIMB Research.

 

SP Setia memperoleh penjualan hartanah baharu sekitar RM2.9 bilion pada akhir Oktober 2020.

 

Selain itu, syarikat berkenaan juga mempunyai saluran tempahan sebanyak RM1.7 bilion.

 

Tempahan tersebut bagaimanapun akan ditukarkan kepada jualan.

 

Tambah CGS-CIMB Research, memandangkan kenaikan jumlah pesanan dalam tempoh pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan gabungan produk yang baik kepada rumah kediaman, pihaknya memberi keyakinan bahawa sasaran penjualan tahun kewangan 2020 yang bernilai RM3.8 bilion harus dicapai.

 

Mengulas berkaitan sasaran penjualan baharu SP Setia, CGS-CIMB Research berkata, pihak pengurusan syarikat tersebut bagaimanapun tidak memberi sebarang panduan berkaitan sasaran penjualan untuk tahun kewangan 2021.

 

Meskipun begitu, CGS-CIMB Research membuat jangkaan bahawa sasaran penjualan hartanah tahun kewangan 2021 sekurang-kuranganya setara dengan sasaran tahun kewangan 2020.

 

Dalam aspek penarafan saham, CGS-CIMB Research mengekalkan saranan 'tambah' saham SP Setia. - DagangNews.com