SC tambah tempoh 4 bulan LTAT putuskan penswastaan Boustead | DagangNews Skip to main content

SC tambah tempoh 4 bulan LTAT putuskan penswastaan Boustead

 

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menambah empat bulan lagi tempoh masa untuk Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membuat keputusan mengenai penswastaan Boustead Holdings Berhad (Boustead).

Pada lima bulan lalu, LTAT yang memegang 59% kepentingan dalam Boustead menzahirkan hasrat menjadikan konglomerat itu sebagai syarikat persendirian. 

LTAT dalam satu kenyataan berkata, lanjutan tempoh itu sehingga 2 Februari 2021 diumumkan SC menerusi sepucuk surat yang diterima semalam.

Dalam surat berkenaan, SC berhasrat untuk tidak melanjutkan lagi tempoh setelah mencapai tarikh berkenaan. 

Sebelum ini, SC telah memberikan lanjutan tempoh kepada LTAT untuk membuat keputusan sehingga hari ini. 

Kecuali perkara di atas, belum ada perkembangan bahan berkenaan cadangan tersebut. Kami ingin menegaskan bahawa pemberitahuan ini bukan berniat tegas bahawa kami akan melaksanakan cadangan itu. 

Oleh itu, tidak ada kepastian bahawa kami akan meneruskan cadangan tersebut,” kata LTAT dalam satu kenyataan hari ini. 

LTAT mencadangkan 80 sen sesaham sekiranya meneruskan cadangan pnswastaan Boustead atau melibatkan nilai RM660 juta. 

Selepas pertimbangan itu diumumkan, Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah memberi kelulusan untuk menswastakan Boustead. - DagangNews.com