Skip to main content

Sebahagian pelanggan 'serang' Facebook CIMB kerana akaun dibekukan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Jan - Sebahagian besar pelanggan membanjiri laman Facebook CIMB Bank bagi meluahkan kemarahan mereka selepas akaun mereka dibekukan kerana berlaku duplikasi pindahan dana yang dikreditkan ke akaun pelanggan.

 
Kebanyakan pelanggan berang apabila tidak dibenarkan melakukan sebarang transaksi.

 

Seorang lagi pelanggan yang tidak diketahui namanya membuat penghantaran mesej peribadi kepada CIMB berhubung isu itu kerana terkejut kerana akaunnya memiliki baki berjumlah puluhan ribu ringgit namun tidak boleh digunakan.

 

Menerusi perbualan itu, CIMB memberi jawapan bahawa akaun berkenaan dibekukan kerana menerima dana melalui Money Send pada 2021 dan berlaku kesilapan pemprosesan menyebabkan duplikasi pindahan dana dikreditkan ke akaun berkenaan.

 

Seorang pelanggan yang dikenali sebagai Nur Fauziana Mohd. Fauzi berkata, dia tidak dapat membuat sebarang pengeluaran duit dan pada ketika itu tidak memiliki wang tunai kerana semuanya berada di dalam akaun berkenaan.

 

"Nak makan apa...duit dalam bank...dah tak boleh transfer (pindahan) nak withdraw (keluar) pun tidak boleh," katanya.

 

cimb

 

Seorang lagi pelanggan dikenali sebagai Azlina Manaf menyatakan rasa terkejut kerana baki akaunnya -RM90,000 dan tidak boleh mengeluarkan baki semasa untuk kegunaan harian.

 

cimb

 

"Call (buat panggilan) sampai nak patah jari, potong panggilan macam itu sahaja..call tak dapat duit tak boleh pakai," katanya.

 

cimb

 

Dalam pada itu, CIMB dalam satu kenyataan kepada DagangNews berkata, pihaknya sedang memproses masalah duplikasi kredit melibatkan akaun sebahagian kecil akaun pelanggannnya.

 

"Kami sedang berhubung dengan pelanggan terlibat bagi memastikan isu ini diselesaikan dengan baik dan pelanggan yang menghadapi masalah boleh menghubungi kami di talian 03 2295 6188 bagi penjelasan lanjut," katanya. - DagangNews.com