Selepas 2 tahun bersama Mountain of Light, kini masanya untuk Pulau Palma | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
WAINUIOMATA - 9 December 2021

Selepas 2 tahun bersama Mountain of Light, kini masanya untuk Pulau Palma

 


 

DENGAN pekerjaan yang terus mencabar di Pulau Palma, saya terpaksa melepaskan kerja dengan Yusuf Islam. Setelah hampir dua tahun dengan Mountain of Light dari seorang diri kepada tiga orang staf, saya menimba pengalaman tidak terhingga.

 

Dari belajar untuk mengenal dunia hiburan Islam dan dakwah yang agak sukar, saya dapat mempelajari dengan baik.

 

Apa lagi hubungan yang rapat dengan Yusuf Islam, para pendakwah dan ahli agama dari seluruh dunia. Selain artis seperti Peter Gabriel dan Dolly Parton yang memeriahkan urusan Mountain of Light.

 

Yusuf tidak tahu saya anak seorang ulama Pahang yang dihormati.

 

Saya berat hati untuk meninggalkan Mountain of Light setelah membina dari kosong dan melaksanakan tugas dengan jaya. Satu kerja yang tidak pernah saya lakukan walau pernah bekerja dengan media iaitu TV3.

 

Pengalaman itu sedikit sebanyak memberi banyak pengetahuan walau pun saya dari sektor teknologi maklumat dan dunia komputer.

 

Itulah pengalaman yang memberi saya ruang untuk mengenal bakat yang saya ada selain menjadi COO untuk DuTel sebelum ini.

 

Saya memberitahu Yusuf dan dia menerima dengan baik. Menyuruh saya mencari ganti yang bersesuaian.

 

Saya tidak tahu bagaimana untuk mencari ganti saya kerana semua saya membuat sendiri.

 

 

fudzail
Penulis bersama Yusuf Islam

 

Lagipun Mountain of Light adalah syarikat pertama ditubuhkan untuk menjaga artis ternama seperti Yusuf dan pengganti memerlukan orang yang setaraf dengan saya.

 

Yusuf masih tiada di Dubai untuk urusan lain dan saya sibuk dengan kerja Pulau Palm. Saya sempat bertanya kepada kawan-kawan dan dari jabatan dan syarikat yang ada. Dari situ ada beberapa calon yang saya perlu bertemu dan  temuduga.

 

Setelah seminggu menemuduga akhirnya saya memilih seorang wanita Syria berkahwin dengan Mat Saleh untuk menggantikan saya. Menanti Yusuf untuk memutuskan dan saya terus menjaga Mountain of Light.

 

Dalam pada itu saya meneruskan kerja di Pulau Palma. Saya dipanggil oleh seorang staf Dubai Ports, Customs and Free Zone Corporation (atau PCFC) yang menaungi Pulau Palma untuk urusan masuk kerja dengan kemudahan yang disediakan sebagai eksekutif. Walau saya sudah bekerja dengan DuTel.

 

PCFC ialah satu organisasi kerajaan di bawah kerajaan Dubai, yang ditubuhkan secara rasmi pada 2001, dan termasuk beberapa entiti dan pihak berkuasa yang beroperasi di bawah naungannya.

 

Entiti ini termasuk pelabuhan utama di Dubai seperti Pelabuhan Rashid, Pelabuhan Jebel Ali, Pelabuhan Al Hamriya, yang diuruskan oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan Dubai.

 

Ia adalah sebagai tambahan kepada Jabatan Perancangan dan Pembangunan – Trakhees, Pihak Berkuasa Bandaraya Maritim Dubai dan Pejabat Agensi Marin untuk Wooden Dhows, sebagai tambahan kepada cabang pelaburan dan cabang keselamatan perbadanan, yang diwakili oleh Jabatan Pelaburan dan Jabatan Keselamatan.


 

fudzail

 


Pada masa ini, kira-kira 514 pekerja bekerja di bawah payung perbadanan itu. Entiti tersebut menyediakan perkhidmatan kepada kategori yang berbeza, termasuk syarikat, peniaga dan individu dari pelbagai lokasi di Dubai.

 

Perbadanan bergantung pada penggunaan teknologi yang inovatif untuk menyediakan perkhidmatan pintar dan terbilang kepada pelanggannya, dan sentiasa berusaha membangunkan mekanisme mengatasi sejajar dengan amalan terbaik dan untuk memastikan kebahagiaan dan kesetiaan pelanggan selaras dengan garis panduan kerajaan.

 

Visi PCFC adalah memberi inspirasi dan berani, dan disebabkan perbadanan itu telah berkembang menjadi perintis moden yang terus merangsang kejayaan Dubai dan menyumbang kepada penghasilannya.

 

Saya pernah bekerja dengan DuTel dan sebahagian dari Dubai World yang menjadi rakan sekutu PCFC. Buat masa itu, Dubai tidak tahu lagi di mana untuk meletakkan Pulau Palma di bawah PCFC atau Dubai World.

 

Dubai World menumpukan pada bidang pertumbuhan strategik Pengangkutan & Logistik, Drydocks & Maritim, Pembangunan Bandar, Pelaburan & Perkhidmatan Kewangan.
 

 

fudzail


 

Portfolio Dubai World mengandungi beberapa syarikat terkemuka dalam industri mereka, termasuk Dunia Drydocks, Dunia Zon Ekonomi, Dunia Istithmar dan pemilikan majoriti DP World.

 

Dubai World telah memulakan proses untuk menyelaraskan kumpulan dan aktiviti terasnya. Ini akan membolehkan kami bergerak ke hadapan dengan lebih cekap.

 

Dubai World komited untuk pelaburan dalam jangka panjang dan menjana nilai untuk pemegang saham iaitu kerajaan Dubai, dengan falsafah korporat selaras dengan visi, berdasarkan kemampanan, amalan etika terbaik dan integriti.


 

fudzail

 


Staf PCFC memberitahu saya mendapat hadiah sebanyak Dirham 80,000 sebagai eksekutif dari luar negara.

 

Saya dengan nombor staf Pulau Palma 0022 tidak terkejut kerana bekerja di Dubai Internet City juga menerima hadiah sebanyak Dirham 60,000 dengan gaji yang besar!

 

Mohd Fudzail Mohd Nor telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com

 

 

KLIK DI SINI UNTUK HIMPUNAN KOLEKSI TULISAN WAINUIOMATA

 

Portfolio Tags