Sheng Tai International Rangkul Tiga Anugerah iDEA 2021 | DagangNews Skip to main content

Sheng Tai International Rangkul Tiga Anugerah iDEA 2021

Pengurus Besar Ejen and Pemaju Perniagaan iProperty.com, Sean Liew (kanan) menampaikan Anugerah Pemaju Terbaik - Pilihan Ramai kepada Dato’ Leong Sir Ley, Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International di Petaling Jaya, baru-baru ini.

 

 

PETALING JAYA 27 Mei  - Sheng Tai International Sdn Bhd, pemaju tempatan yang memenangi anugerah dan pakar di dalam pelancongan hartanah, baru-baru ini merangkul tiga anugerah berprestij, iaitu Anugerah Pemaju Berwawasan, Anugerah Pemaju Terbaik – Pilihan Ramai dan Pembangunan Komersial Terbaik – The Sail pada Anugerah Kecemerlangan Pembangunan iProperty (iDEA) 2021.

 

Dianjurkan oleh iProperty.com.my, laman hartanah No.1 di Malaysia, anugerah tahunan itu berpaksi kepada tiga prinsip utama – berwibawa, kualiti dan keyakinan. iDEA adalah pengiktirafan kecemerlangan tertinggi di dalam pembangunan hartanah. Anugerah itu memberi pengiktirafan kepada pemaju dan pembangunan paling berjaya di dalam industri. Anugerah khusus atas kecemerlangan diberikan kepada projek cemerlang menerusi 32 kategori khas.

 

Sebanyak 26 daripada 32 anugerah merupakan kategori pembangunan dan dihakimi oleh panel bebas terdiri daripada pakar industri hartanah daripada pelbagai disiplin profesional seperti arkitek, survei hartanah, topografi, perundangan hartanah, kejuruteraan, perancang bangunan, bangunan hijau dan, pengurusan hartanah dan fasiliti.

 

Sebagai tambahan kepada kategori yang dihakimi tersebut iDEA mengenal pasti empat (4) anugerah khas lain bagi mengiktiraf pemaju hartanah, pembangunan dan individu cemerlang yang melakukan inovasi dan menyumbang kepada industri pembangunan hartanah.

 

Sheng Tai International telah meluaskan operasi ke seluruh Asia, membina dan menyampaikan barisan hebat produk harta tanah, termasuk pembangunan utama yang dinanti-nantikan iaitu The Sail di Melaka. Produk, perkhidmatan dan jenamanya bermatlamat untuk memaksimumkan pulangan, memperkaya landskap dan meningkatkan kehidupan dan juga ekonomi.

 

Di sebalik penutupan sempadan Malaysia sejak Mac tahun lalu, Sheng Tai International berupaya menjalin perkongsian dengan banyak jenama global seperti FashionTV, IWG dan Memorigin, bagi membina perniagaan baharu dan unik yang baru di Asia Tenggara dan Malaysia. Oleh itu, Sheng Tai International dianugerahkan Pemaju Berwawasan dan Pemaju Terbaik – Pilihan Ramai, iaitu anugerah yang diundi oleh orang ramai.

 

Anugerah Pembangunan Komersial Terbaik pula adalah atas reka bentuk seni binanya yang luar biasa, aspek pembangunan dan kelestariannya. Diinspirasikan oleh pelayaran Laksamana Zheng He ke Barat dan warisan yang kekal di Selat Melaka, estetika The Sail Melaka menyerupai kapal, memaparkan sembilan menara seakan tiang layar. Apabila disiapkan kelak, pembangunan itu akan memiliki hotel mewah 5 dan 6 bintang; kondotel mewah;  suite perniagaan; pusat beli belah mewah sejuta kaki persegi dan juga dataran kebudayaan terdiri daripada kedai-kedai.

 

Pasukan pelbagai disiplin perunding antarabangsa dan tempatan, jurutera dan pakar kelestarian memiliki wawasan untuk mencipta metropolis kosmopolitan abad ke-21 di mana penduduk tempatan dan pelawat asing boleh menikmati kehidupan mewah, pengalaman beli-belah menyeronokkan dan meneroka keindahan Melaka `di bawah satu bumbung’.

 

Dato Leong Sir Ley, Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International, berkata, "Kami merakamkan penghargaan kepada penganjur – iProperty.com.my dan juga para penyokong kami atas pengiktirafan tidak ternilai mereka terhadap pencapaian kami. Kami berasa rendah diri dan berbangga menerima anugerah-anugerah berprestij tersebut.”

 

 

sheng tai
Pengurus Besar iProperty.com, Shylendra Nathan (kanan) menyampaikan Anugerah Pemaju Berwawasan kepada Nicholas S.C. Leong, Pengarah Jualan dan Pemasaran (kiri) dan  Dato’ Leong Sir Ley (tengah) pada majlis anugerah di Petaling Jaya, baru-baru ini.

 

"Walaupun ekonomi global terjejas disebabkan COVID-19, kami di Sheng Tai International akan terus merebut setiap peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan kami, memaksimumkan pulangan pelabur/rakan kongsi kami dan menjulang Malaysia, khususnya Melaka, menjadi hab global,” kata Dato’ Leong.

 

Selain model perniagaan berdaya ciptanya di dalam industri hartanah, syarikat ini juga telah meluaskan pengaruhnya ke seluruh pelancongan hartanah, teknologi hijau dan bidang-bidang lain yang berkaitan. Ia telah menjalinkan pelbagai perkongsian bagi mengukuhkan kedudukannya dan menggalakkan kolaborasi sihat.

 

Seiring dengan strategi pertumbuhannya, Sheng Tai International kekal komited untuk terus mencapai kecemerlangan di sebalik persekitaran pasaran yang mencabar semasa pandemik ini dengan merangsang ekonomi Malaysia menerusi perkongsian dengan jenama tempatan dan global. - DagangNews.com