Skip to main content

Sime Darby lepaskan 70% ekuiti dalam Jining Port Companies 

 

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Anak syarikat milik penuh tidak langsung Sime Darby Berhad  (Sime Darby) di Hong Kong, Sime Darby Overseas (HK) Ltd (SDOHK) telah melepaskan sebanyak 70% pemegangan saham dalam Jining Port Companies.

 

Ekuiti itu dijual kepada Shipping Development Group Co Ltd (JPSDG) dengan nilai 293.9 million renminbi (RM181.6 million) menerusi perjanjian pemindahan ekuiti (Fasa 1 ETA).

 

Fasa 1 ETA itu dijangka selesai dalam tempoh satu bulan daripada tarikh tandatangannya pada 30 November 2020.

 

Perkara itu diumumkan Sime Darby menerusi pengumuman syarikat di Bursa Malaysia.

 

Jining Port Companies terdiri daripada Jining Sime Darby Port Co Ltd, Jining Sime Darby Longgong Port Co Ltd and Jining Sime Darby Taiping Port Co Ltd.

 

Dalam makluman sama, Sime Darby berkata, sejumlah agregat bernilai RM181.6 juta diperoleh berdasarkan unjuran aliran tunai Jining Port Companies.

 

Selain itu, anak syarikatnya itu juga menandatangani perjanjian pemegang-pemegang saham untuk membeli 49% ekuiti dalam Jining Port dan Shipping Port Services Co Ltd (JPSPS) bernilai 199.9 million renminbi (RM123.5 juta).

 

Bagi fasa 2 ETA, SDOHK secara berperingkat akan keluar daripada JPSPS sepanjang tiga tahun akan datang dengan tunai 213.7 juta renminbi (RM132.0 juta).

 

Kata Sime Darby, syarikat induk JPSDG, iaitu Jining Energy Development Group Co., Ltd (JEDG) telah memberikan surat jaminan tanpa syarat dan tidak dapat dibatalkan untuk semua tanggungjawab JPSDG secara bersama dan beberapa asas. - DagangNews.com