SK magic diiktiraf jenama nombor satu penulen air di Premium Brand Index 2022 | DagangNews Skip to main content

SK magic diiktiraf jenama nombor satu penulen air di Premium Brand Index 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Ketua Pegawai Eksekutif SK magic Korea, Yoon Yo-seop dari Korea Selatan mengumumkan syarikat tersebut telah dipilih sebagai jenama nombor satu kategori penulen air daripada 'Premium Brand Index (KS-PBI)’ yang dihoskan oleh Persatuan Piawaian Korea untuk tahun kedua berturut-turut

 

Syarikat dalam satu kenyataan memaklumkan, pencapaian itu sekali lagi membuktikan daya saing jenama terbaiknya sebagai ‘K-water purifier’ terkemuka. 

 

SK magic juga memenangi anugerah Energy Winner of the Year yang diadakan di Korea Press Center International Conference Hall dengan 3 anugerah termasuk ‘Energy Winner of the Year’, ‘Korean Environment Minister’s Award’ dan Grand Prize dalam ‘Carbon Neutral Winner Award’. 

 

"Menambahkan kejayaan besar untuk SK magic, syarikat tersebut sekali lagi dianugerahkan penilaian kecekapan antarabangsa dalam air minuman untuk tahun ke-4 berturut-turut oleh Environment Resources Association of America (ERA) pada 14 Julai 2022. 

 

"SK magic yang memiliki daya saing teknologi terbaik dunia dalam peralatan rumah seperti penulen air, penulen udara, mesin basuh pinggan mangkuk dan bidet, kini memperoleh tempat No.1 dalam pasaran penulen air berdasarkan teknologi canggih tanpa tangki dan perkhidmatan pelanggannya di Korea Selatan. 

 

"Hasil daripada usaha ini diiktiraf bukan sahaja di Korea, tetapi juga pada skala global. SK magic dipilih sebagai Best Library of Excellence untuk tahun keempat berturut-turut berikutan tahun lepas dalam penilaian kecekapan antarabangsa dalam bidang air minuman yang dihoskan oleh Environmental Resources Association of America (ERA)," katanya.

 

Sebagai peneraju pasaran dalam teknologi tanpa tangki, “SK magic Environmental Analysis Center” telah mengambil bahagian dalam penilaian air minuman dan menerima penarafan tertinggi 'Satisfactory' untuk sejumlah 17 item penilaian, termasuk 5 logam berat, 4 anion, 5 sebatian organik, dan 3 perkara umum. 

 

 

skmagic

 

 

"Kami sentiasa meneliti kebersihan dan kesegaran untuk menjadikan air lebih sihat dan sedap supaya pelanggan boleh mempercayai dan minum dengan yakin. Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan bertaraf dunia sebagai ‘K-water purifier’ mewakili Korea," katanya.

 

Ketua Bahagian Pemasaran Korea SK magic, Lee Bo-hyeong berkata, SK magic secara berterusan memperkenalkan peralatan mesra alam untuk menjimatkan sumber dan tenaga, seperti memperkenalkan barisan peralatan rumah mesra alam pertama industry 'Green Collection' tahun lepas. 

 

"Kami akan melakukan yang terbaik untuk mengamalkan pengurusan ESG berdasarkan kepuasan pelanggan.”


 
Penulen air JIKSOO Rich, penulen air JIKSOO Hyper dan penulen udara All Clean boleh dibeli di Malaysia dan sentiasa memberi kegembiraan kepada rakyat Malaysia dengan menyediakan air dan udara yang paling bersih, tulen dan segar kepada mereka untuk kehidupan yang lebih sihat. 

 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi SK magic Malaysia di https://www.skmagic.com.my atau laman Facebook di https://www.facebook.com/myskmagic. - DagangNews.com