Skybi tawar perkhidmatan penjagaan kesihatan mental secara percuma | DagangNews Skip to main content

Skybi tawar perkhidmatan penjagaan kesihatan mental secara percuma

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 31 Mac -  Platform perkhidmatan mental dalam talian, Skybi melancarkan dua inisiatif baharu, Pemeriksaan Kesihatan Mental Percuma Untuk Semua dan Program Khidmat Masyarakat Kesihatan Mental Skybi.

 

Inisiatif tersebut bertujuan menjadikan penjagaan kesihatan mental untuk golongan paling berisiko dan terkesan, sama ada golongan B40 atau mereka dengan mempunyai keadaan khusus. 

 

Melalui program tersebut, Skybi memperuntukkan enam sukarelawan daripada golongan profesional dan pelatih kesihatan mental bagi menyediakan konsultasi kesihatan mental secara percuma untuk mereka di seluruh negara melalui platform dalam talian. 

 

Sehingga kini, program tersebut telah memberi kesan positif kepada ramai individu, menjurus kepada rancangan untuk menjadikannya sebuah program kekal. 

 

Program Khidmat Masyarakat Kesihatan Mental Skybi pula menawarkan harga serendah RM10 untuk membolehkan sesi terapi mampu kepada mereka yang mengalami masalah kewangan, tanpa mengurangkan kualiti perkhidmatan. Selain itu, pelajar juga boleh mendapat manfaat melalui perkhidmatan tersebut. 

 

Melalui perkhidmatan khidmat masyarakat, Skybi telah bekerjasama dengan Uni Enrol & Edukaji bagi menyediakan para pelajar dengan bengkel-bengkel kemahiran insaniah. 

 

Skybi juga mengadakan webinar percuma untuk golongan terabai dengan mendidik mereka mengenai kesihatan mental dan membuang stigma berkaitan meminta bantuan untuk kesihatan mental.

 

Antara topik yang telah dibincangkan termasuk pencegahan bunuh diri, pengurusan tekanan, serta Bengkel Bantuan Kecemasan Psikologi untuk guru-guru dan penjaga, bagi membantu mereka mengenal pasti mereka yang memerlukan sokongan dari segi emosi. 

 

Skybi turut menawarkan perkhidmatan kesihatan mental untuk staf korporat dan sokongan untuk pasukan sumber manusia (HR) bagi menilai pekerja mereka dengan penilaian psikologi dan karier melalui analisa sikap dan keperluan staf, bagi membantu pasukan beradaptasi dan bersedia menghadapi persekitaran yang sentiasa berubah disebabkan revolusi industri dan pandemik. 

 

Timbalan Presiden Operasi Skybi, Kai Lin Ng berkata, tidak dinafikan terdapat keperluan mendesak untuk peningkatan penjagaan kesihatan mental. 

 

"Hal ini terutamanya untuk mereka yang berpendapatan rendah dan mungkin lebih berisiko tinggi namun kadang-kadang tidak mampu untuk mendapatkan bantuan profesional untuk kesihatan mental mereka. 

 

"Memahami perkara ini, Skybi telah mengambil langkah untuk tidak hanya melancarkan kempen sementara bagi menangani masalah ini, tetapi juga menjadikan program jangkauan untuk kesihatan mental teras utama organisasi kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 

Sekiranya anda memerlukan sokongan atau kaunseling, Skybi boleh dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di +6011-19844028, atau hantarkan emel ke enquiry@myskybi.com atau layari https://myskybi.com/. - DagangNews.com