SMEGO lancarkan aplikasi mudah alih – penyelesaian pendigitalan mudah, pantas & mampu milik kepada MPKS  | DagangNews Skip to main content

SMEGO lancarkan aplikasi mudah alih – penyelesaian pendigitalan mudah, pantas & mampu milik kepada MPKS 


KUALA LUMPUR 20 Okt – SMEGO melancarkan aplikasi mudah bagi membantu perniagaan untuk beralih ke dalam talian agar mampu bersaing dalam era pasca-pandemik.

 

Jenama ini menawarkan aplikasi mudah alih pelbagai fungsi yang membolehkan perniagaan membuka kedai dalam talian secara automatik dan menjejaki data yang diperlukan.

 

Jenama ini juga akan mempunyai keupayaan pada masa terdekat untuk menyediakan kedai-kedai secara automatik di platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

 

Bagi memastikan penyelesaian yang holistik kepada PKS dan perniagaan mikro, perkhidmatan ini turut mencakupi sistem I-POS, gerbang pembayaran dan lebih-lebih lagi, latihan dan bahan pendidikan agar pemilik perniagaan dapat memanfaatkan perkhidmatan ini dan mengembangkan perniagaan mereka dalam talian pada kadar yang berpatutan.

 

Bagi memanfaatkan momentum projek ini, SMEGO telah melancarkan satu kempen pendanaan awam melalui PitchIN untuk mengumpul dana untuk memperluas rangkaian perkhidmatan digital yang ditawarkan kepada PSK dan perniagaan mikro di Malaysia.

 

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas SMEGO, Dato’ Westin Chew berkata, impak pandemik telah dirasai semua tetapi kebanyakan PSK dan perniagaan mikro di Malaysia tidak mempunyai akses kepada peralatan dan pengetahuan agar dapat beralih ke dalam talian dengan mudah.

 

‘’Inilah sebab kami membina SMEGO dan kami percaya bahawa ia seharusnya mudah bagi perniagaan untuk menawarkan produk mereka dalam talian.

 

‘’Mereka merupakan tulang belakang ekonomi negara kita, oleh itu kami harus menyediakan penyelesaian yang mudah dan mampu milik untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan mereka mulai sekarang,” katanya dalam kenyataan di sini.

 

 

Dato’ Westin Chew
Dato’ Westin Chew

 

 

Walaupun geran dan penyelesaian teknologi telah tersedia di Malaysia untuk membantu perniagaan untuk beralih ke dalam talian, namun banyak halangan dihadapi oleh perniagaan dalam usaha beralih ke atas talian.

 

Kerumitan permohonan geran, perbelanjaan yang tinggi serta kerumitan bagi penyelesaian sedia ada di pasaran selalunya tidak bersesuaian dengan kemampuan PSK dan perniagaan mikro.

 

Masalah ini sedang ditangani. Sebagaimana dalam pengumuman Rancangan Malaysia Ke-12 baru-baru ini, Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah menekankan penambahbaikan pendigitalan perniagaan.

 

Kerajaan menyasarkan untuk membangunkan tenaga buruh mahir melalui penggunaan teknologi dan juga program latihan mantap yang ditawarkan oleh penyedia-penyedia kursus dalam talian.

 

Ini dapat membolehkan perniagaan melaksanakan tugas mereka dengan lebih cekap. SMEGO dalam kedudukan tepati untuk membantu kerajaan dalam usaha mencapai sasaran pertumbuhan KDNK sebanyak 4.5% hingga 5.5% dari 2021 hingga 2025, selain daripada mengekalkan kelebihan kompetitif berbanding dengan negara-negara jiran seperti Vietnam dan Indonesia.

 

Pakej SMEGO bermula dengan RM89 sebulan. Sila kunjungi laman web mereka untuk keterangan lebih lanjut. Atau mengirim email ke smego@goldenpencils.com. Kini terdapat promosi istimewa di halaman Facebook. Kupon diskaun langganan bernilai RM59 telah disediakan sekali dengan pengenalan demontrasi. – DagangNews.com