Spritzer laksanakan program vaksinasi untuk warga kerjanya bulan depan | DagangNews Skip to main content

Spritzer laksanakan program vaksinasi untuk warga kerjanya bulan depan

PETUGAS Spritzer menyumbangkan botol minuman untuk pasukan penguatkuasaan di sekatan jalan raya semasa perintah kawalan pergerakan di Lembah Klang.


 

KUALA LUMPUR 5 Julai – Spritzer Malaysia yang mengeluarkan air mineral semulajadi paling laris di Malaysia, akan melaksanakan program vaksinasi kepada warga kerjanya bulan depan.

 

Dalam satu kenyataan Spritzer berkata, memandangkan kebanyakan kakitangan syarikat itu belum memperoleh temujanji untuk vaksinasi, Spritzer telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan vaksin sebagai sebahagian daripada respon mengutamakan keselamatan dan kesihatan mereka.

 

Spritzer juga mengajak rakyat Malaysia supaya mendaftar untuk vaksinasi COVID-19 bagi melindungi diri mereka dan orang sekeliling daripada dijangkiti varian baharu pandemik ini yang mudah berjangkit dan lebih berbahaya disebabkan baru separuh daripada penduduk negara ini yang mendaftarkan diri.

 

Menurutnya, sejak pandemik ini bermula pada 2020, Spritzer telah bekerja rapat dengan petugas barisan hadapan seperti pasukan perubatan, pasukan polis, tentera dan agensi-agensi penguatkuasaan bagi memastikan adanya bekalan ar bersih di seluruh negara.

 

Memandangkan betapa seriusnya pandemik ini, Spritzer berterus menyumbang air mineral kepada beberapa pusat vaksinasi COVID-19 bagi menyokong petugas barisan hadapan, sukarelawan dan mereka yang pergi untuk divaksin memastikan keperluan paling asas mereka dijaga dengan baik.

 

Di samping inisiatif-inisiatif itu, Spritzer juga menyokong pasukan Jabatan Pertahanan Awam yang ditugaskan mengebumikan mangsa COVID-19 di Lembah Klang.

    

Spritzer memahami pengorbanan yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan dan agensi penguatkuasaan semasa melaksanakan tanggungjawab mereka, terutama semasa cuaca yang sukar, sementara kadar jangkitan yang melonjak naik baru-baru ini, tambah merumitkan sistem penjagaan kesihatan negara di mana berlaku kekurangan katil ICU dan pasukan perubatan yang teramat letih.

 

Spritzer berharap semua orang dapat melakukan peranan masing-masing di dalam melawan pandemik ini dengan mematuhi prosedur standard operasi seperti yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan juga mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan.

 

Kumpulan Syarikat Spritzer merangkumi sebanyak lapan perniagaan subsidiari, mengkhususkan kepada pengilangan dan pengedaran air mineral semulajadi, air mineral semulajadi sparkling, air minuman disuling, minuman berperisa buah tidak berkabonat dan minuman-minuman fungsi.

 

Syarikat telah beroperasi lebih daripada 30 tahun, dan merupakan pengeluar air berbotol terbesar, terus dan satu-satunya yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Sila lawat  https://www.spritzer.com.my/ untuk maklumat lanjut. - DagangNews.com