Spritzer rangkul anugerah platinum Reader’s Digest’s Trusted Brands 2022 | DagangNews Skip to main content

Spritzer rangkul anugerah platinum Reader’s Digest’s Trusted Brands 2022

Dr Chuah Chaw Teo (kiri) menerima anugerah daripada Pengarah Pengiklanan Kumpulan dan Jualan Runcit Reader's Digest Asia-Pacific, Sheron White.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 24 Jun - Spritzer Bhd. (Spritzer) mengumumkan syarikat itu baru-baru ini memenangi anugerah platinum Reader’s Digest’s Trusted Brands 2022 bagi kategori Makanan dan Minuman (air botol).

 

Majlis penyerahan anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2022 turut meraikan ulang tahun ke-100 Reader’s Digest, sebuah jenama global dengan 23 edisi di 41 buah negara.

 

Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Spritzer, Dr. Chuah Chaw Teo berkata, pihaknya terharu menerima anugerah yang penting daripada Reader’s Digest Trusted Brands 2022. 

 

"Spritzer telah memenangi anugerah ini selama 21 tahun. Pencapaian ini adalah pengiktirafan besar bagi populariti dan kepercayaan terhadap jenama Spritzer daripada pengguna kami yang setia. 

 

"Ia adalah satu kebanggaan bagi kami, dan saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana sokongan kuat ini. Spritzer akan terus memberikan air mineral semulajadi yang berkualiti baik kepada pengguna, di samping berusaha untuk memberi semula kepada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Reader’s Digest Trusted Brands 2022 dikendalikan secara bebas oleh syarikat penyelidikan pasaran terulung, Catalyst Research. 

 

Anugerah ini menyaksikan pendapat dan undian daripada kira-kira 8,000 individu dari Asia berdasarkan ciri-ciri utama iaitu Kebolehpercayaan dan Kredibiliti, Kualiti, Nilai, Memahami Kehendak Pelanggan, Inovasi dan Tanggungjawab Sosial.

 

Spritzer khusus dalam pembuatan dan pengedaran air mineral semulajadi, air minuman disuling, minuman berperisa buah tidak berkarbonat dan minuman berperisa buah. 

 

Syarikat itu beroperasi selama lebih 30 tahun dan merupakan pengeluar air botol terbesar di negara ini. - DagangNews.com