KUALA LUMPUR 12 Julai - Stok minyak sawit mentah Malaysia bagi Jun 2022 meningkat 6.19% kepada 881,299 tan metrik daripada 829,915 tan metrik pada bulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Inventori minyak sawit diproses meningkat 11.83% bulan ke bulan kepada 773,774 tan metrik daripada 691,911 tan metrik.
"Secara keseluruhan, stok minyak sawit menambah 8.76% kepada 1.66 juta tan metrik daripada 1.52 juta tan metrik sebelum itu.
"Bagi pengeluaran, output minyak sawit mentah meningkat 5.76% kepada 1.545 juta tan metrik berbanding 1.461 juta tan metrik pada Mei 2022," katanya dalam laporan prestasi minyak sawit pada Jun 2022 seperti dilapor Bernama hari ini.
Pada bulan tersebut, output minyak isirung sawit meningkat 6.62% kepada 378,418 tan metrik daripada 354,912 tan metrik pada bulan sebelumnya.
Ini menjadikan pengeluaran minyak isirung sawit meningkat 10.94% lebih tinggi pada 175,731 tan metrik daripada 158,408 tan metrik pada Mei 2022.
Menurut MPOB, eksport minyak sawit pada Jun 2022 menurun 13.26% bulan ke bulan kepada 1.194 juta tan metrik daripada 1.376 juta tan metrik.
Eksport minyak isirung sawit pula sebaliknya berkembang 13.24% kepada 92,130 tan metrik daripada 81,356 tan metrik pada bulan sebelumnya.
"Didapati eksport oleokimia susut 2.72% bulan ke bulan kepada 210,924 tan metrik daripada 216,816 tan metrik manakala eksport biodiesel merosot 48.89% bulan ke bulan kepada 23,689 tan metrik daripada 46,345 tan metrik," katanya.
Sementara itu, import minyak sawit mentah pada Jun susut 0.04% kepada 2,989 tan metrik berbanding 2,990 tan metrik pada Mei 2022.
"Secara keseluruhan, jumlah import minyak sawit menambah 2.48% kepada 59,195 tan metrik daripada 57,763 tan metrik pada bulan sebelumnya," tambah MPOB. - DagangNews.com








