Supermax rancang bina kilang pengeluaran sarung tangan di UK dan AS | DagangNews Skip to main content

Supermax rancang bina kilang pengeluaran sarung tangan di UK dan AS

Supermax Corporation Berhad

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Syarikat pengeluar sarung tangan, Supermax Corporation Berhad (Supermax) mengumumkan peracangannnya untuk membina dua kilang pengeluaran sarung tangan di luar negara.

CGS-CIMB Research berkata, rancangan berkenaan ditumpukan kepada pembinaan di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

"Bagi kilang di UK, Supermax telah memperuntukkan sebanyak £50 juta untuk pembinaan kilang sarung tangan dengan jumlah pengeluaran sebanyak 2.4 bilion keping.

"Untuk AS pula, syarikat berkenaan memperuntukkan kira-kira AS$550 juta untuk pembinaan kilang sarung tangan yang akan diselesaikan dalam dua fasa.

"Fasa pertama di AS akan menelan belanja berjumlah AS$300 juta dan AS$ 250 juta untuk fasa kedua," jelas CGS-CIMB Research.

Pembinaan kilang di kedua-dua negara berkenaan dijangka bermula pada separuh pertama 2021 iaitu pada separuh kedua tahun kewangan 2021.

Bagaimanapun, CGS-CIMB Research masih dapat menjangkakan perolehan sesaham (EPS) bagi tahun kewangan 2021-2023 daripada kilang berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Supermax berjaya mencatatkan jumlah pendapatan sebanyak RM1.4 bilion pada suku pertama Jun 2021.

Keuntungan bersih untuk suku pertama 2021 meningkat kepada RM789.5 juta didorong oleh kos faedah yang lebih rendah dan keuntungan syarikat bersekutu yang lebih tinggi. 

CGS-CIMB Research mengambil pendekatan untuk mengekalkan saranan 'tambah' saham Supermax dengan nilai sasaran sesaham (TP) sebanyak RM13.20. - DagangNews.com