TA Securities mulakan liputan terhadap ELK-Desa dengan saranan 'beli' FV RM1.50 | DagangNews Skip to main content

TA Securities mulakan liputan terhadap ELK-Desa dengan saranan 'beli' FV RM1.50

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Mei - TA Securities Researh memulakan liputan terhadap ELK-Desa Resources Berhad dengan saranan 'beli' pada harga wajar (FV) RM1.50 sesaham.

 

Firma itu juga memberikan potongan harga 30% kepada purata nisbah institusi kewangan bukan perbankan (NBFI) Malaysia sebanyak 1.4x yang menawarkan potensi pulangan sebanyak 18.3% termasuk jangkaan dividen 4.7%.

 

ELK-Desa dijangka meraih pendapatan sederhana bagi FY22 selepas berdepan pelbagai sekatan pergerakan sebelum ini kesa daripada pandemik.

 

Bagaimanapun, firma itu menjangkakan perkembangan antara 8% hingga 12% bagi segmen sewa beli untuk FY23/24 selepas berlakunya peningkatan permintaanyang dipacu persekitaran yang lebih baik.

 

"Pada masa sama, kami menjangkakan berlakunya pertambahan caj yang lebih besar sebanyak 3.8% pada FY22 yang sejajar dengan unjuran pengurusan antara 4% hingga 4%.

 

"Permintaan terhadap perabot juga dijangka kukuh, berkembang pada kadar 6% setahun.

 

"Keuntungan kumpulan itu dijangka menurun sebanyak 26% dari tahun ke tahun kepada RM26 juta bagi FY22 sebelum mencatatkan peningkatan sebanyak 14% dan 10% kepada RM29.5 juta dan RM32.5 juta bagi FY23 serta FY24," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, produk utama ELK-Desa percaya kekuatan yang dimiliki mereka terutama dalam mempercepatkan permohonan pinjaman akan membantu meningkatkan perniagaan mereka. 

 

Pengurusan kumpulan sedar bahawa adalah penting untuk mereka meluluskan pinjaman dengan kadar segera agar penjual kereta dapat menghabiskan simpanan inventori mereka.

 

"Sebagai tambahan, ELK-Desa juga menyediakan produk berkaitan insurans dengan kebanyakan penyedia insurans mereka terdiri daripada Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad dan Berjaya Sompo Insurance Berhad," katanya. - DagangNews.com