Skip to main content

Tak perlu tunggu bil kertas, semak penggunaan tenaga harian di aplikasi myTNB

myTNB

KUALA LUMPUR 28 April - Pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak lagi perlu bergantung kepada bil kertas bulanan, tetapi boleh membuat semakan penggunaan tanaga elektrik harian melalui aplikasi myTNB.

 

Ia turut disokong dengan penggunaan meter pintar yang berupaya membantu pengguna kediaman mengawal penggunaan elektrik sekali gus mengelak berlakunya pembaziran.

 

Pemilihan meter pintar tersebut juga merupakan satu pilihan cekap tenaga untuk masa hadapan yang lebih hijau dan tenaga yang lebih lestari.

 

Kediaman yang dilengkapi dengan meter berkenaan memiliki kelebihan tambahan seperti menerima bacaan meter harian dan anggaran awal bil.

 

.

 

Menurut salah seorang pengguna aplikasi myTNB, Abdul Aziz Napri berkata, aplikasi berkenaan membantu dirinya memantau penggunaan tenaga harian serta memberi kesan yang besar dalam kehidupan harian dia sekeluarga.

 

Hingga kini, TNB sedang menggerakkan pemasangan meter pintar ke seluruh kawasan Lembah Klang dan Melaka.

 

Bagi tujuan tersebut, pihak TNB turut meletakkan sasaran untuk memasang sebanyak 1.5 juta meter pintar pada 2021.

 

Baca: 1 juta kediaman dilengkapi Meter Pintar TNB

 

Baca: 1.5 juta meter pintar di Lembah Klang, Melaka - TNB

 

Bagi pelanggan yang belum memiliki meter berkenaan, mereka perlu menunggu surat rasmi daripada pihak TNB yang mengesahkan rumah mereka terpilih untuk pemasangan meter berkenaan.

 

Bagi kediaman bertanah, pemilik kediaman perlu ada bersama semasa pemasangan dibuat.

 

Sementara itu, bagi bangunan bertingkat tinggi pula, pemasangan akan dilakukan mengikut kelulusan dan pengawasan badan pengurusan yang bertanggungjawab.

 

.

 

Pemasangan meter tersebut akan dilakukan oleh juruteknik dan kontraktor TNB yang terlatih dan diperakui.

 

Proses pemasangan meter pintar berkenaan adalah percuma dan boleh disiapkan dalam tempoh satu jam sekali gus menjadikan gangguan elektrik yang minimum.

 

Lebih menarik, meter pintar dan aplikasi myTNB bakal menerima lebih banyak manfaat menerusi penambahan ciri baharu serta naik taraf perkhidmatan selewat-lewatnya pada suku keempat tahun ini.

 

Baca: Ciri baharu meter pintar dan aplikasi myTNB akhir 2021

 

Antara ciri baharu yang bakal dinikmati pengguna adalah pemberitahuan pengesanan gangguan bekalan dan pemberitahuan notis gangguan bekalan berkala.

 

Selain itu, ciri Energy Budget pula membantu pengguna merancang jumlah atau had penggunaan elektrik bulanan dan memberi peringatan (alert) apabila jumlah bil sasaran bulanan mencapai had yang ditetapkan.

 

Aplikasi myTNB juga direka dengan lebih mudah dan mesra pengguna yang menjadi sebahagian daripada usaha TNB untuk mendigitalkan ekosistem tenaga negara. - DagangNews.com