Takaful Malaysia Dipilih sebagai Syarikat Paling Cemerlang di Malaysia dalam Tinjauan Syarikat Cemerlang Asiamoney 2022 | DagangNews Skip to main content

Takaful Malaysia Dipilih sebagai Syarikat Paling Cemerlang di Malaysia dalam Tinjauan Syarikat Cemerlang Asiamoney 2022

Nor Azman Zainal (kiri) bersama Sabri Mohamed Ramli (kanan), CEO Takaful Malaysia Am; Pengarang Asiamoney, Rashmi Kumar dan Timbalan Pengarang Asiamoney, Manju Dalal pada majlis penganugerahan, baru-baru ini.
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 27 Sept – Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dipilih sebagai Syarikat Paling Cemerlang di Malaysia bagi kategori sektor insurans dalam Tinjauan Syarikat Cemerlang Asiamoney 2022.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, pihaknya amat berbesar hati diundi sebagai pemenang dan dianugerahkan Syarikat Paling Cemerlang di Malaysia bagi Kategori Insurans.

 

"Anugerah ini adalah bukti komitmen dan kesungguhan kami ke arah prestasi kewangan yang kukuh, kecemerlangan pasukan pengurusan, perhubungan pelabur yang dinamik dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang memberi impak kepada penerima.

 

Beliau berkata, pengiktirafan ini adalah khas untuk semua kakitangan di atas dedikasi dan semangat berpasukan mereka dalam memenuhi keperluan pelanggan dan mencapai matlamat perniagaan yang telah ditetapkan.

 

"Memenangi anugerah itu memberi kelebihan kepada kami untuk menambahkan lagi keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan orang ramai terhadap jenama kami sebagai nama isi rumah untuk penyelesaian perlindungan.

 

"Kami akan terus memberi tumpuan dan berikan yang terbaik dalam apa yang kami lakukan – menyediakan penyelesaian takaful yang komprehensif dan inovatif melalui pelbagai saluran pengedaran disamping mencapai nilai pemegang kepentingan jangka panjang dan kemampanan yang lebih lestari,” kata Nor Azman Zainal dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Asia’s Outstanding Companies Poll adalah tinjuan untuk mengiktiraf syarikat awam yang cemerlang dalam prestasi kewangan, pasukan pengurusan, perhubungan pelabur dan inisiatif CSR.

 

Hampir 958 pengurus dana, penganalisis, jurubank dan penganalisis penyelidikan mengambil bahagian dalam pengundian ini yang berakhir pada 15 Julai 2022.

 

Sebanyak 176 syarikat diiktiraf sebagai yang paling cemerlang untuk sektor dan pasaran mereka. - DagangNews.com