Tangkap layar berhubung hari pelepasan am pada 3 Februari palsu | DagangNews Skip to main content

Tangkap layar berhubung hari pelepasan am pada 3 Februari palsu

KUALA LUMPUR 26 Jan - Jabatan Perdana Menteri (JPM) ingin menegaskan bahawa tangkap layar berhubung pengisytiharan hari kelepasan am pada 3 Februari 2022 sebagai ganti kepada sambutan Hari Wilayah adalah palsu.

 

Orang ramai beranggapan hari berkenaan sebagai hari pelepasan kerana Hari Wilayah yang disambut pada 1 Februari 2022 bertembung dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

 

JPM meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau tidak benar.

 

“JPM ingin merujuk kepada tangkap layar yang tular di media sosial khususnya di WhatsApp bertajuk ‘Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369)’ mengenai pengisytiharan hari kelepasan am di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Februari 2022 (Khamis).

 

“Sehubungan itu, JPM menegaskan bahawa maklumat yang tertera adalah tidak benar,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini. - DagangNews.com