Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Avisena Renal Care | DagangNews Skip to main content

Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Avisena Renal Care

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin melawat pusat penjagaan kesihatan buah pinggang, Avisena Renal Care di Shah Alam pada 22 Jun 2022.

SHAH ALAM 22 Jun - Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyempurnakan perasmian pusat penjagaan kesihatan buah pinggang, Avisena Renal Care di sini hari ini.

 

Keberangkatan baginda diiringi oleh Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Avisena Healthcare yang juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

 

Pengarah Eksekutif Avisena Renal Care Dr Rashidi Saidin berkata pusat penjagaan itu menyasar untuk berkembang kepada 10 pusat dialisis menjelang akhir 2026.

 

“Dengan jumlah pusat tersebut, Avisena Renal Care akan menampung kapasiti keseluruhan sebanyak 170 kerusi dialisis yang mampu merawat sehingga 1,000 pesakit,” katanya ketika berucap pada majlis itu, Bernama melaporkan.
 

 

Queen

 

Avisena Renal Care 

 

 

Avisena Renal Care merangkumi rawatan hemodialisis, rawatan dialisis peritineal (PD), kaunseling rawatan pradialisis, perkhidmatan dietetik, penjagaan fistula arteriovenous, dan prapermindahan work-up (melalui kerjasama dengan Hospital Universiti Teknologi MARA). - DagangNews.com