Skip to main content

Terbuka Indonesia harapan terakhir Peng Soon, Liu Ying

 

NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 19 Nov - Pasangan beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying perlu bekerja keras di Terbuka Indonesia, minggu hadapan dala usaha melayakkan diri ke saingan Akhir Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), bulan hadapan.

 

Mereka yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 perlu mendapatkan keputusan cemerlang minggu hadapan bagi megekalkan kedudukan mereka dalam kelompok lapan pasangan terbaik dunia. 

 

Peng Soon-Liu Ying kini berada di kedudukan kelapan ranking Jelajah Dunia mereka bakal digugat dua lagi pencabar terdekat iaitu Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dari Indonesia yang berada di posisi kesembilan dan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai ke-10.

 

Liu Ying berkata, dia tiada pilihan selain bermain sebaik mungkin untuk memperoleh keputusan positif bagi memastikan mereka kekal dalam kelompok lapan pasangan terbaik.

 

"Sebenarnya, kalau kami dapat mara ke pusingan kedua dalam dua kejohanan (Indonesia Masters dan Terbuka Indonesia) sudah memadai untuk kami menjamin tempat beraksi dalam aksi Akhir Jelajah Dunia.

 

"Namun, disebabkan kami tewas pusingan Indonesia Masters, mata untuk kami sangat sedikit dan berdepan sedikit risiko untuk layak. 

 

minton

 

"Kami perlu tebus kekalahan itu di Terbuka Indonesia dan melayakkan diri," katanya.

 

Hanya lapan pasangan teratas ranking Jelajah Dunia layak beraksi di kejohanan akhir musim yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$1.5 juta (RM6.2 juta) itu yang akan berlangsung 1 hingga 5 Disember ini.

 

minton2

 

Kekalahan di Indonesia Masters adalah yang ketiga dialami Peng Soon-Liu Ying selepas turut terkandas awal ketika saingan Terbuka Denmark bulan lalu dan Terbuka Perancis, awal bulan ini.-Dagangnews.com