Skip to main content

Tiada lagi kebakaran pada kabel jambatan Pulau Pinang

 Suasana di KM3.2 Jambatan Pulau Pinang susulan kebakaran yang melibatkan kabel 132kV dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bkt. Tengah ke Bayan Mutiara yang berlaku petang semalam.

Suasana di KM3.2 Jambatan Pulau Pinang susulan kebakaran yang melibatkan kabel 132kV dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bkt. Tengah ke Bayan Mutiara yang berlaku petang semalam.

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan tiada kebakaran semula yang berlaku pada ketiga-tiga kabel 132kV yang terbakar semalam.

 

Ketua Pegawai Grid TNB, Datuk Ir Husaini Husin berkata, arus elektrik pada kabel telah pun dimatikan secara automatik ketika kebakaran tersebut terjadi semalam.

 

“Kumpulan teknikal kami yang berada dilokasi mendapati kepulan asap yang timbul pagi tadi dan dipadamkan pihak bomba adalah kesan dari sisa-sisa kebakaran yang berlaku semalam.

 

“Terima kasih kepada pihak bomba yang berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran pada kabel tempoh hari.

 

"Pasukan kami bersama pihak PLUS dan bomba sentiasa memantau keadaan demi keselamatan pengguna jambatan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Semalam, TNB memaklumkan terdapat kebakaran di KM3.2 Jambatan Pulau Pinang petang ini adalah melibatkan kabel 132kV dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bkt. Tengah ke Bayan Mutiara. - DagangNews.com