SEBAHAGIAN Orang Asli di sekitar Gua Musang hadir untuk menerima vaksin oleh petugas kesihatan menerusi Program Imunisasi Vaksinasi Orang Asli dan Penduduk sekitar Gua Musang di Pos Brooke & Pos Hendrop, Gua Musang, bermula 29 Ogos hingga 2 September lalu.
KUALA LUMPUR 5 Sept - Hampir 2,000 penduduk Orang Asli di sekitar Gua Musang menerima vaksinasi menerusi Program Imunisasi Vaksinasi Orang Asli dan Penduduk sekitar Gua Musang di Pos Brooke & Pos Hendrop, Gua Musang, bermula 29 Ogos hingga 2 September lalu.
TNB Genco dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang dan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JAKOAK) bersama-sama menganjurkan program ini yang mana melibatkan seramai 52 orang petugas termasuk sukarelawan dalam kalangan warga kerja TNB Genco, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JAKOAK.
Bagi melancarkan program vaksinasi ini, TNB Genco turut menyumbang peralatan perubatan dan keperluan logistik seperti khemah, makanan dan peralatan siar raya kepada para petugas barisan hadapan, sukarelawan dan penerima vaksin.
Selain itu, TNB Genco juga turut menyumbang pek makanan berupa makanan asas kepada 1,300 keluarga Orang Asli yang terjejas mata pencarian mereka akibat pandemik COVID-19.
TNB Genco, anak syarikat milik penuh TNB memiliki, mengurus dan mengendalikan loji tenaga domestik, perniagaan penjanaan tenaga boleh diperbaharui, operasi loji tenaga dan penyenggaraan serta operasi terminal pukal kering.
TNB Genco dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang dan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JAKOAK) bersama-sama menganjurkan program ini yang mana melibatkan seramai 52 orang petugas termasuk sukarelawan dalam kalangan warga kerja TNB Genco, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JAKOAK.
TNB Genco dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang dan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JAKOAK) bersama-sama menganjurkan Imunisasi Vaksinasi Orang Asli dan Penduduk sekitar Gua Musang di Pos Brooke & Pos Hendrop, Gua Musang, bermula 29 Ogos hingga 2 September lalu. - DagangNews.com