Skip to main content

TNB, JAS siasat punca sebenar pencemaran Sungai Jelutong, Sungai Pinang

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 15 Dis - Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang bekerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang bagi menjalankan siasatan terperinci mengenai punca sebenar pencemaran di Sungai Jelutong dan Sungai Pinang.

 

Ketua Pegawai Grid TNB, Datuk Ir Husaini Husin dalam satu kenyataan berkata, semakan awal TNB terhadap dakwaan pencemaran itu mendapati kerja-kerja Kerja Pengorekan Menegak (HDD) oleh kontraktor dilantik terletak berjauhan daripada kedua-dua sungai manakala sisa buangan kerja pengorekan dilupuskan di kawasan berjauhan dari tapak projek. 

 

“Untuk makluman, laluan kerja-kerja HDD  berkenaan dibuat berdasarkan pemetaan bagi mengelakkan sebarang gangguan pada laluan infrastruktur utiliti lain," katanya.

 

Semalam, siaran akhbar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendakwa pencemaran di kedua-dua sungai itu disebabkan oleh kerja-kerja penanaman kabel bawah tanah secara HDD oleh kontraktor TNB. 

 

Kerja-kerja penanaman kabel itu dilaksanakan untuk penyambungan bekalan pada voltan 132kV ke Pencawang Masuk Utama Datuk Keramat yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada Jun 2022. - DagangNews.com