Touch 'n Go lancar fungsi DuitNow Transfer | DagangNews Skip to main content

Touch 'n Go lancar fungsi DuitNow Transfer

Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go, Effendy Shahul Hamid


 


KUALA LUMPUR 18 Okt  - Touch ‘n Go eWallet melancarkan fungsi DuitNow Transfer yang membolehkan penggunanya memindahkan wang mereka daripada mana-mana akaun perbankan Internet secara terus ke eWallet dalam masa nyata.

 

Selain menyediakan fungsi yang lebih baik dan fleksibel kepada pengguna, ia juga menyokong pengembangan  Touch ‘n Go eWallet ke dalam perkhidmatan kewangan digital dan kini boleh saling beroperasi dan menjadi sebahagian daripada ekosistem pembayaran yang lebih besar di samping bank. 

 

Touch ‘n Go eWallet telahpun di terima di lebih satu juta poin penerimaan peniaga DuitNow QR dan pelaksanaan fungsi DuitNow Transfer dijangka merangsangkan lagi penggunaannya. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go, Effendy Shahul Hamid berkata, kumpulan itu akan terus berinovasi dengan fungsi ewallet bagi penggunanya.

 

“Ini menandakan penembusan tinggi kami ke dalam ekosistem perkhidmatan kewangan.

 

''DuitNow Transfer membolehkan kami mengendalikan dengan lebih baik  ‘sumber dana’ pengguna kami, ketika kami menyasar menyediakan perkhidmatan tokokan nilai terbaik kepada mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.

 

DuitNow Transfer adalah fungsi pindahan dana segera yang dimulakan daripada akaun perbankan dalam talian serta eWallet yang menyertainya.

 

Ia dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd, rangkaian pembayaran nasional dan prasarana pusat dikongsi bagi pasaran kewangan Malaysia. - DagangNews.com