Transformasi digital kekal relevan walaupun trend kerja dari rumah dihentikan - Infobip | DagangNews Skip to main content

Transformasi digital kekal relevan walaupun trend kerja dari rumah dihentikan - Infobip

Infobip

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 23 April - Transformasi digital dilihat akan terus relevan meskipun trend bekerja dari rumah tidak lagi diteruskan pada masa akan datang.

 

Perkara itu dibuktikan dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh platform komunikasi awan global yang membolehkan perniagaan menjalin pengalaman pelanggan serta berhubung di semua fasa perjalanan pelanggan, Infobip.

 

Laporan yang bertajuk 'A Year of Disruption: Managing Increasing Complexities in Customer Service' adalah hasil tinjauan terhadap 2,760 profesional di sembilan pasaran negara.

 

Negara-negara tersebut termasuk Singapura, Malaysia, Indonesia, Taiwan, Korea Selatan, China, Thailand, Vietnam dan Filipina.

 

Tinjauan tersebut mendapati, meskipun syarikat dan majikan berhasrat untuk melaksanakan beberapa perubahan cara kerja secara kekal pada masa hadapan, perkara tersebut dilihat memepunyai beberapa cabaran yang perlu diatasi.

 

 

  • Lebih banyak persoalan dalam ketidaktentuan: 54% responden menyatakan kenaikan permintaan sokongan sebagai cabaran utama yang dihadapi dalam sokongan pelanggan semasa COVID-19.
  • Sekatan pergerakan: Tinjauan menunjukkan bahawa 48% responden menyatakan sekatan perjalanan sebagai satu lagi cabaran yang dihadapi pada tahun sebelumnya.
  • Kekurangan sokongan digital: 46% responden menyatakan bahawa tidak ada sokongan digital yang mencukupi untuk menggunakan platform digital yang ada dengan berkesan.

 

 

Pada 2020, permulaan perjalanan transformasi digital utama bagi kebanyakan perniagaan di Asia Pasifik.

 

Ekoran daripada pelaksaan trend kerja dari rumah akibat wabak, pengalaman pelanggan (CX) dan proses CX juga perlu kepada pendigitalan.

 

Pengurus Negara Infobip Malaysia, CS Gill berkata, semakin banyak syarikat yang dilihat beroperasi secara digital sekali gus memberi jangkaan untuk memberi dan menerima perkhidmatan pelanggan yang baik turut berkembang.

 

"Kami melihat bahawa dalam transformasi digital, syarikat kini berada di landasan yang betul dengan mengutamakan pengalaman pelanggan yang lebih cekap dan berkesan. 

 

"Kami melihat bahawa dalam transformasi digital, syarikat kini berada di landasan yang betul dengan mengutamakan pengalaman pelanggan yang lebih cekap dan berkesan," katanya dalam satu kenyataan.

 

Infobip mendorong majikan untuk melatih tenaga kerja CX mereka untuk transformasi digital dan melabur dalam saluran komunikasi yang relevan dengan pasaran.

 

Ia bertujuan untuk mencari penyelesaian terbaik bagi mempermudahkan keperluan komunikasi masing-masing. - DagangNews.com