Trend aliran keluar dana asing meningkat kepada RM320.3 juta daripada RM61.5 juta | DagangNews Skip to main content

Trend aliran keluar dana asing meningkat kepada RM320.3 juta daripada RM61.5 juta

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Julai - Trend aliran keluar dana asing berterusan di Bursa Malaysia untuk minggu keempat berturut-turut dengan jualan bersih pelabur asing sebanyak RM320.3 juta ekuiti Malaysia, minggu lalu.

 

MIDF Research berkata, aliran keluar itu adalah lebih pantas daripada aliran keluar bersih sebanyak RM61.5 juta pada minggu lalu.

 

"Pelabur asing merupakan penjual bersih sepanjang minggu kecuali pada hari Selasa, apabila mereka membuat pembelian bersih RM17.2 juta.

 

"Aliran keluar terbesar adalah pada Khamis iaitu RM196.3 juta," kataanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih selama 17 daripada 26 minggu 2022, dengan jumlah aliran masuk bersih RM6.07 bilion.

 

Institusi tempatan berubah menjadi pembeli bersih minggu ini dengan RM182.7 juta selepas jualan bersih RM7.9 juta minggu sebelumnya.

 

"Mereka adalah penjual bersih pada Isnin dan Selasa masing-masing pada RM11.9 juta dan RM29.6 juta sebelum menjadikan pembeli bersih pada hari Rabu dan Khamis masing-masing pada RM69.7 juta dan RM167.4 juta.

 

"Mereka kemudiannya menjadi penjual bersih pada kadar RM12.9 juta pada hari Jumaat," katanya.

 

Peruncit tempatan mengekalkan pembelian bersih mereka untuk minggu keempat akan datang, belian bersih RM137.5 juta.

 

"Mereka adalah pembeli bersih setiap hari dalam seminggu, tertinggi pada hari Isnin berjumlah RM44.6 juta," tambahnya.

 

MIDF Research berkata, sehingga kini, institusi tempatan adalah penjual bersih selama 20 daripada 26 minggu dengan jumlah aliran keluar bersih RM7.81 bilion.

 

Peruncit tempatan telah menjadi pembeli bersih selama 17 daripada 26 minggu 2022. Setakat ini, mereka telah menjadi pembeli bersih pada RM1.74 bilion.

 

Dari segi sektor, produk dan perkhidmatan perindustrian, teknologi dan tenaga menyaksikan aliran keluar bersih tertinggi oleh warga asing berjumlah RM124.6 juta, RM83.0 juta dan RM60.1 juta.

 

MIDF Research berkata, pembelian bersih terbesar oleh warga asing ialah segmen utiliti dengan RM19.6 juta.

 

Dari segi penyertaan, terdapat pertumbuhan purata nilai dagangan harian (ADTV) dalam kalangan pelabur asing sebanyak 10.14%.

 

"Kedua-dua pelabur runcit dan pelabur institusi menyaksikan penurunan dalam ADTV untuk minggu ini masing-masing sebanyak 7.56% dan 13.85%," katanya. - DagangNews.com