Skip to main content

Tuduhan jenayah ke atas The Edge ibarat `salahkan pembawa utusan' tapi perutusan tidak disiasat, kata Alumni Masscomm UiTM

Ahmad Azam Mohd Aris bersama peguamnya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 13 September 2022. - Gambar THE EDGE
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 15 Sept - Tindakan mengenakan pertuduhan jenayah terhadap Editor Emeritus The Edge, Ahmad Azam Mohd Aris diumpamakan `menyalahkan pembawa utusan’ tanpa menyiasat kebenaran perutusan yang disampaikan.

 

Presiden Alumni Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Masscomm) UiTM, Basree Rakijan berkata, sebagai rakan Alumni, pihaknya tidak meragukan kejujuran beliau, malah reputasi Azam sendiri dalam lingkungan industri kewangan sangat baik.

 

Oleh itu, adalah sukar untuk pihaknya mempercayai bahawa beliau telah didakwa di mahkamah kerana melaporkan apa yang beliau percaya satu trend luar biasa saham berharga murah (penny stocks).

 

"Azam yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarang Kumpulan sebuah organisasi media utama negara ini sentiasa mempamerkan integriti dan bersikap professional dalam menjalankan tugas beliau.

 

"Alumni Masscomm UITM menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat tanpa takut atau memihak demi memberikan perbicaraan yang seadil-adilnya kepada Azam
Aris," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Basree Rakijan
                       Basree Rakijan

 

Beliau mengulas pertuduhan jenayah ke atas Editor Emeritus The Edge, Ahmad Azam Mohd Aris yang telah didakwa mencemarkan reputasi Datuk Kua Khai Shyuan, pengarah non-eksekutif Metronic Global Bhd, DGB Asia Bhd, Trive Property Group Bhd, Metronic Global Bhd dan MNC Wireless Bhd. - DagangNews.com

 

 

BACA JUGA : Melaporkan urus niaga pasaran saham tidak patut jadi kesalahan jenayah - Datuk Seri Wong Chung Wai