UK NCP dapati `ada merit' aduan NUBE terhadap HSBC Bank Malaysia | DagangNews Skip to main content

UK NCP dapati `ada merit' aduan NUBE terhadap HSBC Bank Malaysia

 

KUALA LUMPUR 19 Sept - UK National Contact Point (UK NCP) mendapati `ada merit' di dalam aduan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) terhadap tindakan pemberhentian pekerja oleh HSBC Bank Malaysia Berhad, yang didapati telah melanggar beberapa artikel perburuhan kerajaan United Kingdom.

 

UK National Contact Point (UK NCP) ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai satu unit di dalam jabatan kerajaan bertanggungjawab bagi penggubalan polisi pelaburan United Kingdom dan Garis Panduan OECD (Organisasi bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan)  Mengenai Perniagaan Multinasional.

 

Menurut Setiausaha Agung NUBE, J Solomon, berikutan tindakan tidak adil HSBC Bank Malaysia Berhad terhadap pekerja-pekerja bank, kegagalannya untuk menghormati undang-undang buruh dan perjanjian kolektif yang telah ditandatangani di Malaysia, NUBE dengan sokongan UNI Global Union telah memfailkan aduan secara rasmi mengenai bank itu yang juga anak syarikat HSBC Holdings Plc, kepada UK NPC.

 

 

solomon
J Solomon

 

 

Beliau berkata, aduan tersebut telah dikemukakan pada Disember 2020 dan dalam surat bertarikh 15 September lalu, UK NCP memutuskan untuk menerima beberapa aduan yang difailkan oleh NUBE dan UNI Global Union mengenai HSBC Bank Malaysia Berhad sebagai yang sah, dan aduan akan dibawa ke peringkat siasatan selanjutnya atau untuk proses mediasi.

 

Dalam aduan tersebut, NUBE dan UNI Global Union menegaskan bahawa HSBC Bank Malaysia Berhad telah melanggar artikel tertentu, termasuk di bawah Bab V Garis
Panduan (Hubungan Pekerjaan dan Industri), dengan:

(i) sengaja melewatkan rundingan semasa proses perundingan bersama;

(ii) mengganggu dan menjadikan ahli-ahli NUBE dan wakil kesatuan sebagai mangsa
kerana penyertaan mereka dalam tindakan perhubungan perusahaan yang diambil
sebagai tindak balas ekoran kegagalan dalam proses rundingan;

(iii) menghalang wakil kesatuan sekerja daripada memasuki tempat kerja di HSBC
Bank Malaysia Berhad untuk tujuan bertemu dengan ahli-ahli kesatuan sekerja;
(iv) telah gagal mengambil bahagian dalam proses penyelesaian sengketa dengan
NUBE dengan sewajarnya;

(v) melakukan proses penyumberan keluar kerja termasuk "memaksa" VSS/MSS dan
gagal berunding dengan NUBE sebelum proses ini dilaksanakan, dan

(vi) menafikan akses kepada ahli-ahli NUBE dan pekerja ke ruang kerja dan pekerjaan
mereka.

 

Dalam keputusannya, UK NCP telah memutuskan bahawa beberapa isu yang dibangkitkan oleh pengadu (NUBE dan UNI Global Union) ada merit untuk diperiksa dengan lebih lanjut.

 

Menurut UK NCP, keputusan pengaduan untuk meneruskan mediasi atau pemeriksaan lebih lanjut, berdasarkan pada penilaian awal yang dibuat berdasarkan maklumat yang telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat.

 

Solomon berkata, NUBE menyambut baik keputusan yang secara langsung menunjukkan bahawa ada asas yang kuat dalam aduan yang dikemukakan kepada UK
NCP dan NUBE serta UNI Global Union akan memberikan kerjasama susulan kepada UK NCP.

 

''Oleh itu, kami optimis bahawa keputusan positif dan membina akan dicapai demi kepentingan terbaik ahli-ahli NUBE dan para pekerja bank di Malaysia,'' katanya.

 

Untuk rekod kata Solomon, NUBE terpaksa mengemukakan masalah ini kepada UK NCP kerana pihak berkuasa tempatan termasuk Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia telah gagal membantu mencari penyelesaian konstruktif terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu.

 

''NUBE berterima kasih atas sokongan padu yang diberikan oleh UNI Global Union dan pertimbangan sewajarnya yang telah diberikan oleh UK NCP dalam menyiasat aduan kami, dan keputusannya untuk meneruskan tindakan bagi mencari penyelesaian,'' ujar beliau.

 

Sementara itu, HSBC Bank Malaysia dalam kenyataan media yang diemel pada 9.42 malam Ahad menyatakan berikut:

 

HSBC MEDIA STATEMENT

Malaysia is a priority growth market for HSBC and we continue to invest in people, technology and premises.

 

The changes we are making to our bank is creating new roles and changing current ones.

 

We are actively redeploying our people into new roles and, where this is not possible, HSBC offers above-market voluntary separation schemes, further job transition training and outplacement support.

 

Some issues presented to the UK NCP are currently under review by the Malaysian courts and the Ministry of Human Resources and HSBC will continue to be bound by applicable legal and legislative process.

 

We take these matters very seriously; and, as, such we feel it’s appropriate - and in the best interests of all parties - to conclude the existing Malaysia-based mediation and judicial review before embarking on further and separate mediation.

 

  • Malaysia is a priority growth market for HSBC and – in response to customers’ changing needs – we’re making changes to our technology, branch footprint, and the roles that some of our people currently perform.
  • HSBC Malaysia’s US250m investment in our new Malaysian headquarters in the financial hub of TRX.
  • Investment of USD40 million from 2021 to 2023 to equip our branches with enhanced digital capabilities and new technology. This is in addition to the USD18 million that was invested from 2018 to 2020 and will further enable us to develop innovative branch formats and champion new ways of serving our customers while supporting their financial journeys.
  • These changes will also involve creating more than 200 new roles and we are redeploying our people into these new roles. Where redeployment is not sought by impacted staff, we have been offering a voluntary separation scheme.

    Some details on the scheme:
    1. The scheme is only applied to employees that choose to accept it.
    2. We also provide our employees, who choose to accept the voluntary separation, with comprehensive transitional support including an abovemarket compensation package and reskilling programmes.          - DagangNews.com