unifi bawa Sukan Olimpik secara percuma menerusi 13 salurannya | DagangNews Skip to main content

unifi bawa Sukan Olimpik secara percuma menerusi 13 salurannya

KUALA LUMPUR 24 Julai - Sebagai salah satu penyiar rasmi Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Malaysia, unifi membawakan temasya sukan mega ini untuk seluruh rakyat Malaysia sepanjang tempoh temasya secara 
PERCUMA.

 

Disiarkan dari 23 Julai sehingga 8 Ogos 2021, para penonton akan dapat  menyaksikan aksi wira-wira sukan yang penuh debaran, dengan selesa di kediaman mereka menerusi unifi TV atau di mana sahaja mereka berada menerusi aplikasi unifi PlayTV.

 

Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal berlangsung selama 17 hari bermula dengan acara pembukaan pada 23 Julai 2021. Temasya sukan yang amat dinantikan ini akan melibatkan lebih 200 buah negara yang akan bertanding dalam 33 jenis sukan menerusi 339 acara, melibatkan 50 disiplin yang akan dilangsungkan di sekitar 42 lokasi acara di Jepun, menjadikannya sebagai ibu kota pertama di Asia yang menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas sebanyak dua kali.

 

Pegawai Komersial, Telekom Malaysia Berhad (TM). Anand Vijayan berkata, sebagai peneraju penyedia perkhidmatan konvergens negara, unifi sentiasa sedia mengutamakan para pengguna dan kami komited untuk memberikan pengalaman yang terbaik untuk semua.

 

"Jadi, sebagai penyiar rasmi Sukan Olimpik Tokyo 2020, kami berbesar hati menawarkan siaran Sukan Olimpik secara percuma untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Kami memahami disebabkan pandemik COVID-19, Sukan Olimpik Tokyo 2020 terpaksa ditangguhkan ke tahun ini, dan ramai yang amat menantikan acara ini terutamanya peminat sukan.

 

"Oleh itu, kami ingin memastikan setiap rakyat Malaysia boleh menonton aksi-aksi atlit negara bertanding di temasya sukan ini tanpa risau tentang yuran langganan tambahan. 

 

"Tambahan pula, mereka boleh menikmati hiburan tanpa had di rumah menerusi unifi TV dan di mana sahaja mereka berada menerusi aplikasi unifi PlayTV,” kata Anand dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Berkongsi detik-detik bersejarah ini dengan seluruh rakyat Malaysia, unifi akan menyiarkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara percuma di unifi TV untuk keselesaan di rumah anda menerusi Set-Top-Box unifi atau unifi Plus Box dan di mana sahaja menerusi aplikasi unifi TV tanpa sebarang kos tambahan, untuk pengalaman tontonan terbaik tanpa kerisauan.

 

Sepanjang temasya Sukan Olimpik, pelanggan unifi boleh menonton kesemua 33 jenis sukan dan 339 acara di 13 saluran unifi Sports HD seperti berikut:
● unifi Sports 1 HD (Saluran 701) hingga unifi Sports 5 (Saluran 705)
● unifi Sports 6 HD (Saluran 709) hingga unifi Sports 13 HD (Saluran 716)

 

Sementara itu, bagi mereka yang masih belum melanggani unifi TV, anda boleh menonton temasya sukan berprestij ini SECARA PERCUMA di aplikasi unifi PlayTV dengan memuat turun aplikasi tersebut dari Google PlayStore dan Apple App Store.

 

Pengguna aplikasi unifi PlayTV sedia ada hanya perlu log masuk untuk menikmati temasya itu di aplikasi tersebut manakala pengguna unifi PlayTV baharu hanya perlu mendaftar akaun baharu untuk menonton Sukan Olimpik di mana sahaja dan pada bila-bila masa menerusi peranti pintar mereka secara percuma.

 

Menerusi himpunan penawaran eksklusif daripada unifi untuk segmen Kediaman, pelanggan sedia ada boleh menikmati pengalaman unifi yang dipertingkatkan menerusi pakej kombo unifi dengan peranti yang memberikan lebih nilai.

 

Pelanggan boleh menambah unifi Plus Box dengan hanya RM20 sebulan untuk menikmati acara sukan secara langsung di bilik-bilik yang berbeza. Bagi memastikan pengalaman Wi-Fi terbaik untuk seluruh ahli keluarga, pelanggan boleh menambah hanya RM15 sebulan untuk mendapatkan Mesh Wi-Fi. 

 

Bagi membantu anda mendapatkan hiburan PERCUMA tanpa had dari Sukan Olimpik Tokyo 2020, layari https://unifi.com.my/tv/packages/unifi-playtv.html untuk mengetahui bila, di mana dan bagaimana untuk menonton setiap aksi menarik Sukan Olimpik tersebut. - DagangNews.com