KUALA LUMPUR 21 Jan - Pengedar tunggal vakum Dreame di Malaysia, Uniqbe (M) Sdn. Bhd. (Uniqbe) mengumpul dana lebih RM50,000 melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi kolaborasi Make-A-Wish Malaysia.
Pengumpulan dana Make-A-Wish Malaysia melalui jualan rangkaian pembersih vakum H11 wet & dry akan diteruskan sehingga hujung bulan ini serentak dengan promosi Tahun Baharu Cina.
Uniqbe memperuntukkan 11% hasil jualan rangkaian pembersih vakum H11 wet & dry untuk dana CSR sempena pelancaran Dreame di Malaysia hujung tahun lepas.
Melalui Make-A-Wish Malaysia, dana terkumpul digunakan untuk memenuhi impian kanak-kanak yang menghidap penyakit kritikal.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Uniqbe Group of Companies, Edward Tan berkata, pengumpulan dana Make-A-Wish Malaysia tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada para pelanggan.
"Oleh itu, kami ingin berterima kasih kepada semua pelanggan yang membeli pembersih vakum H11 dan H11 Max wet & dry dan serta menyokong inisiatif ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Edward berharap jualan akan meningkat supaya lebih banyak hasil dapat disumbangkan bagi memenuhi impian lebih ramai kanak-kanak.
Setakat ini, Uniqbe berjaya memenuhi impian tiga kanak-kanak, Azhah yang berusia 11 tahun dari Sandakan, Sabah mendapat sebuah telefon pintar, manakala, Fikri, 9 tahun dari Serdang, Selangor menerima set Playstation dan Mun Hei, 11 tahun dari Klang, Selangor mendapat sebuah iPad.
Melalui acara dan inisiatif yang diadakan, Uniqbe seterusnya akan memenuhi impian May Chell, 13 tahun dari Keningau, Sabah untuk memiliki sepasang arnab kelabu.
Lebih banyak impian kanak-kanak akan dipenuhi melalui program-program yang dikelolakan bersama Make-A-Wish Malaysia ini.
Menurut Make-A-Wish Malaysia, sumbangan dan impian kanak-kanak yang terlaksana ini turut memberi semangat kepada ahli keluarga kanak-kanak tersebut untuk terus kuat bersama mereka melawan penyakit yang dihidapi.
Harga jualan H11 adalah RM1,999, manakala harga jualan H11 Max adalah RM2,499 (termasuk cukai jualan) dan kedua-dua produk boleh dibeli melalui e-store rasmi Dreame di Shopee.
Bagi mempromosikan sokongan terhadap inisiatif ini, Uniqbe turut menawarkan baucar bernilai RM100 untuk pembersih vakum H11 dan H11 Max wet & dry.
100 pelanggan pertama yang membeli rangkaian H11 layak mendapat potongan RM100 dengan menggunakan kod baucar 'DREAME100' semasa membuat pembayaran.
Tawaran menarik lain sempena Tahun Baharu Cina, termasuk sampul duit edisi khas Dreame dan flask vakum bernilai RM89 untuk setiap pembelian, sementara stok masih ada.
Visi Dreame adalah meningkatkan kualiti kehidupan pengguna sejagat dengan memudahkan kerja-kerja pembersihan kediaman.
Untuk infomasi lebih lanjut tentang Dreame dan kempen CSR mereka, sila layari http://dreame.my/makeawish. - DagangNews.com