Unit MYEG dilantik pengedar eksklusif BreFence Go di Malaysia | DagangNews Skip to main content

Unit MYEG dilantik pengedar eksklusif BreFence Go di Malaysia

 

 


KUALA LUMPUR 22 Dis - MYEG Services Bhd. menerusi sub-subsidiari milik penuhnya, MYEG Medical Services Sdn. Bhd. memeterai perjanjian komprehensif pengedaran eksklusif dengan Breathonix Pte. Ltd. bagi Sistem Ujian Nafas COVID-19 BreFence Go (BreFence Go). 

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia, kumpulan berkata, menerusi perjanjian itu, MYEG Medical dilantik sebagai pengedar eksklusif bagi semua segmen pasaran di Malaysia untuk tujuan pemasaran, jualan dan pengedaran. 

 

"Perjanjian itu membabitkan tempoh selama 3 tahun mulai 22 Disember 2021 dengan pembaharuan tahunan secara automatik untuk tempoh 1 tahun selepas tempoh permulaan dan berikutnya," katanya hari ini.

 

Jelasnya, dengan perjanjian berkenaan, ia akan menggantikan memorandum persefaham (MoU) yang dimeterai 24 Mei lalu, justeru, MoU tersebut tidak lagi wujud. 

 

Menurut MYEG, tanpa sebarang keadaan tidak dijangka, perjanjian tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan sesaham dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dan seterusnya. 

 

"Ia juga tidak memberi kesan kepada terbitan dan modal saham berbayar kumpulan," katanya. - DagangNews.com