UPM raih Anugerah Inovasi Asia Tenggara Clarivate | DagangNews Skip to main content

UPM raih Anugerah Inovasi Asia Tenggara Clarivate

 

KUALA LUMPUR 23 Sept – Universiti Putra Malaysia (UPM) diumumkan sebagai  penerima Anugerah Inovasi Asia Tenggara dan Selatan, anjuran Clarivate Plc, peneraju global dalam penyaluran maklumat serta pandangan yang dipercayai untuk mempercepatkan langkah inovasi.

 

UPM meraih anugerah tersebut bagi kategori institusi akademik, sementara dua lagi entiti ialah Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi kategori organisasi penyelidikan kerajaan dan kategori syarikat ialah Top Glove Corporation Bhd.

 

Kesemua 27 pemenang daripada 276 organisasi diumumkan di Forum Inovasi untuk wilayah tersebut pada 21 September.

 

"Anugerah ini berdasarkan analisis jumlah paten, jumlah kutipan, kejayaan paten dan tahap globalisasi dalam penggunaan paten, dengan menggunakan data daripada Derwent World Patents Index™ (DWPI) serta Derwent Patent Citations Index™ (DPCI).

 

Derwent World Patents Index™

 

"Kriteria yang digunakan untuk memilih inovator terbaik dari Asia Selatan dan Asia Tenggara sama dengan kriteria yang digunakan oleh Top 100 Global Innovators™ tahunan yang mengenal pasti organisasi yang mencerminkan keunggulan dalam landskap inovasi global," kata Clarivate. – DagangNews.com

 

BACA JUGA :

UPM kekal universiti kedua terbaik Malaysia

 

UPM tetapkan 5 kategori pelajar kembali ke kampus mengikut 3 fasa