Skip to main content

[VIDEO] Lupa tajuk lagu? 'Huming' sahaja nada untuk carian di Google

'hum to search' Google

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Google menyediaan ciri terbaharu iaitu 'hum to search' bagi membolehkan pengguna mencari tajuk dan lagu yang diinginkan.

Ciri tersebut hanya memerlukan pengguna untuk 'haming' atau senandungkan nada lagu yang ingin dicari atau lagu yang sedang difikirkan.

Pengurus Kanan Produk Google Search, Krishna Kumar berkata, kebanyakan pengguna kecewa apabila tidak dapat mengingati nama dan tajuk lagu yang diinginkan, namun irama lagu tersebut melekat dalam pemikiran pengguna, lapor Soya Cincau.

Cara menggunakan ciri 'Hum To Search' adalah seperti berikut;

  • Muat turun aplikasi Google 
  • Kemaskini aplikasi Google sekiranya pengguna sudah memuat turunnya 
  • Klik pada simbol mikforon di sebelah kanan ruangan 'search
  • Klik butang 'search a song' dan terus perdengarkan 'huming' nada lagu berkenaan
  • Google akan mula menganalisis nada lagu pengguna dalam masa 10 hingga 15 saat dan akan menampilkan lagu yang diinginkan

 

Google memberitahu, ciri tersebut berfungsi dengan menggunakan model pembelajaran mesin untuk mengubah audio kepada urutan angka yang mewakili melodi lagu sekali gus memandankannya dengan lagu yang sedia ada.

Model berkenaan diuji dan dilatih dengan pelbagai sumber termasuk nyanyian manusia, siulan, senandung serta rakaman audio.

Oleh demikian, ciri berkenaan berfungsi kepada orang ramai tanpa mengira tahap penguasaan nada.

Ciri terbaharu itu kini tersedia dalam bahasa Inggeris untuk iOS dan lebih daripada 20 bahasa bagi pengguna Android.

Google bagaimanapun turut membuat perancangan untuk menambah jumlah bahasa pada masa hadapan. - DagangNews.com