Video penemuan stor minyak masak seludup di Kelantan | DagangNews Skip to main content

Video penemuan stor minyak masak seludup di Kelantan

PUTRAJAYA 11 Jun - Sebuah video Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tular hari ini, mendedahkan sebuah stor simpanan minyak masak di Kelantan.

 

Masalah penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand terus menjadi duri dalam daging kepada pihak berkuasa Malaysia kerana keluasan sempadan yang sukar dikawal selia.

 

Lebih memburukkan keadaan, kegiatan penyeludupan ini menjejaskan ekonomi negara, malah mengakibatkan kenaikan harga disebabkan kekurangan stok bekalan di pasaran. - DagangNews.com