[VIDEO] Video Tahun Baru Cina Spritzer tampil berbeza penuh aksi komedi | DagangNews Skip to main content

[VIDEO] Video Tahun Baru Cina Spritzer tampil berbeza penuh aksi komedi

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Membawa penampilan jalan cerita yang berbeza, Spritzer cuba menyampaikan makna perayaan Tahun Baru Cina kali ini menerusi gelagat-gelagat lucu pula. 

 

Menggelarkan video Tahun Baru Cina paling kelakar setakat ini, Spritzer menyelitkan sedikit elemen pantang larang yang diturunkan oleh generasi masyarakat Cina.

 

“Sama ada kita suka atau tidak, lawak jenaka dan leteran pasti mengiringi setiap kunjungan keluarga mengenai perkara yang tidak boleh dilakukan, menandakan pembukaan tahun baharu yang lain,” kata Spritzer. 

 

Video itu mengisahkan keluarga Feng yang cuba mendapatkan tips Feng Shui dari Feng Shui Master Ong.berhubung Tahun Lembu.

 

Antara dialog yang pasti menarik perhatian penonton terutamanya masyarakat Cina adalah : “Your house has a lot of ‘feng’ (wind) but no ‘shui’ (water)! No greenery! No luck!”. - DagangNews.com