Vitrox, Pasukhas, MPI, DNex, Greatec, Serba Dinamik, BLD, KLK antara rancak diniagakan | DagangNews Skip to main content

Vitrox, Pasukhas, MPI, DNex, Greatec, Serba Dinamik, BLD, KLK antara rancak diniagakan

Oleh ZUNAIDAH ZAINON
editor@dagangnews.com

 


KUALA LUMPUR 22 Julai - Bursa tempatan pagi ini dibuka 2.5 mata lebih tinggi kepada 1,519 mata setelah ditutup rendah petang semalam.

 

Dalam kalangan kaunter untung, Vitrox menokok 76 sen kepada RM17.52 diikuti Malaysian Pacific Industries (MPI) naik 66 sen kepada RM41.86 dan Greatec juga naik 13 sen kepada RM6.13.

 

Saham perladangan seperti BLD Plantation juga menokok 30 sen kepada RM9.30 diikuti Kuala Lumpur Kepong naik 16 sen kepada RM19.64.

 

Sebaliknya, saham-saham pengeluar sarung tangan getah pula menyusut dalam dagangan pagi ini, dengan Hartalega susut 11 sen kepada RM7.78 diikuti Supermax susut 4 sen kepada RM3.65.

 

Kossan juga jatuh 3 sen kepada RM3.46 manakala Top Glove susut 0.4 sen kepada RM4.12.

 

Bagi saham aktif, Pasukhas Group meningkat 0.05 sen kepada 11.5 sen diikuti DNex menokok 2.5 sen kepada 77.5 sen. 

 

Serba Dinamik juga aktif diniagakan dengan harga sahamnya menokok 0.05 sen kepada 43.5 sen.

 

Selain itu, dagangan hari ini juga akan memberi tumpuan kepada saham Haily Group, Poh Huat Resources, MAHB, KAB, Hextar Global, AirAsia, Sapura Energy, Favelle Favco, Axis REIT, MR DIY, Green Packet dan INIX Technologies.

 

Mengulas mengenai dagangan hari ini, Inter-Pacific Research dalam nota kajian mengekalkan pandangan bahawa keadaan pasaran masih banyak gangguan, disebabkan kekurangan petunjuk positif yang boleh mendorong pembelian baharu.

 

"Pada masa sama, pasaran dibiarkan tanpa arah ekoran kes jangkitan COVID-19 kekal tinggi sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap peningkatan trend kadar jangkitan di luar negara, menyoroti cabaran yang dihadapi oleh dunia sebelum wabak ini kembali reda," katanya. -DagangNews.com