vivo Malaysia lancar filem pendek Shout it Out | DagangNews Skip to main content

vivo Malaysia lancar filem pendek Shout it Out

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Jan - vivo Malaysia melancarkan filem pendek bertajuk ‘Shout it Out’ yang memaparkan keazaman seorang gadis kurang upaya untuk mencapai impiannya menjadi seorang atlet negara. 

 

Filem berdurasi 9 minit 30 saat itu dirakam dengan menggunakan vivo X70 Pro, telefon pintar perdana fotografi profesional dengan teknologi pengimejan mudah alih termaju yang direka bersama ZEISS.

 

Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu berkata, setiap orang mempunyai potensi untuk mencapai pencapaian yang hebat, tanpa mengira latar belakang mereka. 

 

"Kami berbesar hati kerana berpeluang berkongsi jalan cerita kehidupan Siti menerusi filem ini, menangkap kisah luar biasa tentang usahanya untuk mencapai impiannya walaupun terhad. Menggunakan teknologi pengimejan canggih vivo X70 Pro, filem ini menunjukkan keupayaan penggambaran telefon pintar dan potensinya sebagai peranti filemografi profesional.

 

“Penggambaran Shout it Out merupakan pengalaman yang hebat untuk saya. Semasa kami merakam video itu, saya ingin menangkap intipati dan emosi sebenar yang dimainkan oleh Siti, menunjukkan perjuangan, kegembiraan, keazaman dan keberaniannya dalam mencapai impiannya tanpa mengira kesusahannya," katanya dalam kenyataan.

 

Diinspirasikan berdasarkan kisah benar, ‘Shout it Out’ mengikuti kisah Siti yang kurang upaya sejak muda menentang segala kemungkinan dan berjuang untuk memperoleh kecekapan dalam bidang karate dan mewakili Malaysia dalam pertandingan kejohanan karate antarabangsa. 

 

Berlatarkan adegan di mana gadis itu sentiasa menghadapi pelbagai cabaran dan halangan hidup, ditertawakan dan keraguan diri, filem ini menyerlahkan keazaman Siti dengan bimbingan daripada gurunya yang tidak berbelah bahagi untuk membawanya ke pentas dunia sebagai atlet negara.

 

Diarahkan pengarah, Mallory Lee, melihat kehidupan Siti (lakonan Nurizyan Hishammuddin), seorang gadis Melayu muda yang memulakan perjalanannya untuk menjadi seorang atlet karate negara. 

 

Di bawah bimbingan jurulatih (lakonan Seelan Manoheran) dan kepercayaan terhadap kebolehannya, Siti tetap bertahan melalui latihannya dan hadapi cabaran hidupnya dengan berusaha untuk mencapai impiannya bersaing mewakili Malaysia.

 

Mallory berkata, penghasilan filem pendek menggunakan vivo X70 Pro dapat menangkap semua seperti yang dilihat dalam video terakhir.

 

"Saya harap rakyat Malaysia mendapat inspirasi semasa menonton filem pendek ini kerana ia memberi inspirasi kepada saya,” katanya. 

 

Filem pendek ‘Shout it Out’ kini boleh didapati dan ditonton di laman Youtube rasmi vivo Malaysia. - DagangNews.com