vivo Malaysia, PUBG Mobile anjur Turbo Cup Challenge | DagangNews Skip to main content

vivo Malaysia, PUBG Mobile anjur Turbo Cup Challenge

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Mei - vivo Malaysia bekerjasama dengan PUBG Mobile bagi menganjurkan vivo T1 Turbo Cup Challenge bersempena pelancaran model baharu telefon pintar jenama itu.

 

Kejohanan bermula 11 Jun 2022 itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan 'Pemain Paling Bernilai' (MVP) dalam kejohanan itu akan berpeluang untuk mewakili Malaysia untuk bertanding di peringkat akhir Asia Tenggara yang akan disertai Thailand, Vietnam dan Filipina.

 

"Pemenang peringkat akhir Asia Tenggara akan berpeluang untuk membawa pulang hadiah terkumpul sebanyak AS$20,000 (RM87,889)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Bagi kejohanan T1 Turbo Cup Challenge itu, orang ramai yang berminat boleh mendaftar bermula 13 Mei 2022 dan akan mula bertanding di peringkat awal pada 11 Jun 2022.

 

Seandainya berjaya melepasi pusingan awal, setiap peserta akan menyertai pertandingan akhir peringkat negara pada 18 Jun 2022 dan bertanding di peringkat akhir Asia Tenggara pada 9 Julai 2022.

 

"Pemenang peringkat kebangsaan akan dinilai berdasarkan ranking prestasi dan juara berpeluang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM2,500 manakala tempat kedua, RM1,500 dan dua pemenang tempat ketiga akan meraih RM500 setiap seorang," katanya.

 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan itu, orang ramai boleh melawati laman Facebook rasmi vivo Malaysia. - DagangNews.com