Wabak baharu di China, mampu membunuh dalam masa 24 jam | DagangNews Skip to main content

Wabak baharu di China, mampu membunuh dalam masa 24 jam

BEIJING 6 Julai - Masyarakat Beijing kini berhadapan dengan satu wabak baharu dikenali dengan nama wabak Bubonik yang mampu meragut nyawa dalam masa 24 jam.

Wabak tersebut mula dikesan di sebuah bandar di utara China pada Ahad dan turut dilaporkan di sebuah hospital di Bayannur, Inner Mongolia.

Pihak berkuasa China melalui laporan media tempatan, Xianhua memberitahu, risiko penyebaran wabak tersebut adalah tinggi sekali gus mendorong kerajaan China mengeluarkan amaran berhubung penyakit itu hingga penghujung tahun ini.

"Hingga 1 Julai lalu terdapat dua pesakit dijangkiti wabak Bunonik dan mangsa yang berusia 27 tahun dan 17 tahun ini telah disahkan positif selepas menjalani ujian makmal. 

"Pesakit merupakan adik-beradik itu disahkan wabak Bunonik selepas makan haiwan marmot. Marmot merupakan haiwan daripada spesies tupai tanah dengan nama saintifiknya Marmota," jelas laporan itu.

Hasil siasatan juga mendapati seramai 146 individu lain yang dikesan mempunyai kontak rapat dengan mangsa telah diasingkan dan dirawat di hospital.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak Bubonik berpunca daripada bakteria yang disebarkan melalui kutu hidup dalam spesies tikus termasuk marmot yang mampu membunuh dalam tempoh 24 jam sekiranya tidak dirawat.

Tahun lalu, dua individu maut selepas menikmati daging marmot mentah dan kedua-duanya disahkan positif wabak Bubonik. - DagangNews.com