Kemerosotan penulisan sastera kian menyedihkan | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
WAINUIOMATA - 27 June 2024

Kemerosotan penulisan sastera kian menyedihkan
 

 

 

BAGI saya seorang warga emas yang masih bernafas, bukan sahaja bom, virus, penyakit dan pilihan raya yang membimbangkan tentang masa depan yang tinggal terhad.

 

Banyak kemungkinan yang boleh terjadi dalam dunia. Antaranya, telah kurang daripada satu pertiga yang berusia daripada 8 hingga 18 tahun gemar menulis sebagai hobi. Sepuluh tahun yang lalu, dari laporan 50 peratus kanak-kanak gemar menulis biarpun apa saja. 

 

Apa lagi berkaitan menulis sastera. Itu kajian di UK, tidak pasti di Malaysia. 

 

Dalam berfikir, saya berasa sedih melihat pen kerana lama tidak menulis sejak sebelum menjadi OKU. Hanya dengan menggunakan papan kekunci komputer. 

 

Saya menulis sejak kecil di usia empat tahun kerana abah, seorang ulama belajar di Mekah mengajar tulisan Jawi. Dengan cepat saya membaca akhbar Utusan Melayu dan buku-buku tulisan Jawi sejak dari itu hingga kitab-kitab.

 

Permulaan saya meminati sastera walau mengambil sains komputer dan matematik sebagai jurusan. Rasanya ada sesuatu kemunduran dalam lingkungan anak-anak. Jika anak-anak muda tidak menulis untuk hiburan mereka sendiri, maka kehilangan prinsip asas kemanusiaan. Itu perlu diingat apalagi menulis sastera.

 

 

wainuiomata

 

 

Pada hari ini, anak-anak telah mula bermain telefon dan gajet selain komputer sehingga buku tertinggal untuk persekolahan. Kita boleh melihat di mana saja dengan mengenggam telefon bimbit yang terus semakin canggih dengan perubahan teknologi.

 

Menulis secara koheren, seperti membuat tanda yang boleh dihuraikan dan difahami oleh orang lain. Itulah yang membezakan daripada haiwan. Ikan lumba-lumba menunjukkan sintaks asas, tetapi kita boleh mengingati keinginan untuk seekor ikan dalam catatan nota. Menghiburkan orang lain dengan anekdot tentangnya dalam emel.

 

Mengubahnya menjadi puisi tentang keseronokan yang sementara. Menjadi novel pelbagai generasi tentang keluarga yang berperang dan kesan sosial kemerosotan industri perikanan.

 

Masa ini ikan lumba-lumba tidak boleh lakukan apa pun, mungkin robot telah lancar dalam AI. Dan robot AI semakin pintar dengan menulis sastera untuk karyawan yang hanya mencipta cerpen, puisi, artikel, rencana, anekdot dan apa saja dengan hanya sebaris ayat di ChatGPT atau Gemini.

 

Kita manusia boleh bercakap di luar kekangan masa. Rakaman bunyi boleh hilang, teknologi digantikan, tetapi  sentiasa dapat memahami penulisan. Ini sentiasa kelihatan ajaib bila memahami. 

 

Namun memperkemas kemahiran literasi sosiobudaya adalah dengan memperkukuhkan kemahiran komunikasi berbahasa Inggeris yang muncul sebagai lingua franca global, yang mana bahasa ini penting untuk berinteraksi dengan pelbagai khalayak.

 

Begitupun daripada kesukaran dalam kegigihan dan sikap pesimis pesawah terhadap kegiatan pertanian seperti bersawah pagi di Kampung Banggol Dedap dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. Hingga kepada novel Salina mengisahkan kehidupan sebahagian daripada mangsa-mangsa Perang Dunia Kedua di sebuah perkampungan kecil di Singapura.

 

 

rsj

 

salina

 

 

Tanda-tanda mudah itu memancarkan kuasa di luar bentuknya. Menulis sastera juga merupakan tindakan paradoks, kedua-duanya sangat peribadi, namun berpotensi untuk umum. 

 

Terdapat Raudhah hasil karya saya pada tahun 2018 tentang anak remaja perkahwinan campur Melayu dan Cina, menconteng dalam diari rahsianya semasa dia bersendirian untuk berfikir melanjutkan pengajian universiti.

 

Terdapat pengusaha jagung, seorang anak Cina dan Orang Asli, Chai dalam Zea Mays, tulisan saya pada tahun 2016 yang takut karekternya akan menghukum ramai orang kampung Janglau. Adakah catatan seperti itu tidak lama lagi akan jarang berlaku, malah diganti dengan thriller, kisah hantu dan seks?

 

Kanak-kanak hari ini sentiasa diminta untuk memikirkan perasaan mereka, tetapi mereka tidak boleh dijangka melampaui kenyataan emosi jika mereka tidak dapat mempertimbangkannya dengan teliti, dalam masa mereka sendiri, bereksperimen di luar bilik darjah.

 

Tindakan gubahan memerlukan intensiti penumpuan yang membolehkan penemuan, tentang diri, suara, idea dan dunia. Ia memerlukan lapisan pemikiran yang berstruktur. 

 

Dan itu hanya bahagian berfungsi. Bagaimana dengan sastera? Membentuk ayat, membiarkannya mengalir, mencuba gaya yang berbeza, dan membuat keputusan yang beretika, malah moral tentang perkataan yang pilih dan sebab memilihnya. Semua ini penting, dan jika ia mati, maka kita sama juga akan tidak hidup.

 

Ramai merasakan literasi sosiobudaya dan kemahiran bahasa Inggeris adalah elemen yang saling berkait dalam pendidikan yang menyeluruh. Dapat memberi kuasa kepada individu untuk belajar dari masa lalu, berinteraksi dengan masa kini dan mempengaruhi masa depan.

 

Dengan menghayati elemen-elemen ini, setiap individu dapat memastikan mereka bersedia untuk menyumbang secara positif kepada perbualan global dan berpengetahuan dan fasih mengenai budaya dan nilai mereka.

 

Baru-baru ini, saya menemui satu catatan dalam buku nota dan album. Dalam catatan saya memperincikan peristiwa bertemu Dato Sri Anwar Ibrahim di Dubai sebanyak enam kali pada sebelum beliau di penjara. Walaupun secara semula jadi tidak bernilai pada masa itu, ia pada masa yang sama amat ternilai. 

 

 

wainuiomata

 

 

Saya suka idea Dato Sri Anwar datang ke rumah saya dua kali sehingga generasi akan datang tersandung di atasnya, dan mendapati  pengalaman zaman muda sungguh bernilai, apalagi bila Anwar menjadi Perdana Menteri ke-10. 

 

Sesuatu yang universal untuk memoir dan anekdot dalam sastera. Lebih penting lagi, catatan nota itu tidak boleh diubah, tidak seperti tapak web, dan tidak seperti tweet atau satu siri emoji, konteksnya akan sentiasa dapat difahami.
Apa yang boleh dibuat dengan telefon dan gajet atau AI? 

 

Di sekolah, menggalakkan pen dan kertas untuk menulis kreatif dan sastera akan menjadi permulaan. Supaya tidak ada halangan antara fikiran dan tindakan, tangan mengalir bebas, dipandu semata-mata oleh pemikiran. 

 

Saya ingin melihat kempen sastera di seluruh negara dari peringkat sekolah rendah, seperti catatan sejarawan yang terbukti sangat berguna kepada sejarah.

 

Kemudian ahli politik dan selebriti harus mengakui kepentingan membaca dan menulis sastera, buku dan perpustakaan, dan kaitannya yang berterusan dan kekekalan relatifnya dalam era digital yang sementara. 

 

Namun sekarang boleh menyuruh prompt ChatGPT dan Gemini sahaja.

 

Begitulah sastera yang tidak menjadi pilihan untuk belajar di sekolah menengah dengan sains, pertanian, perdagangan, akauntasi dan AI yang sekarang menjadi panas. Banyak pilihan lain untuk menjadi warga yang bermanafaat untuk negara.

 

Seseorang yang terpesona dengan teknologi, mencadangkan mengajar menulis sastera adalah sia-sia, kerana semuanya boleh dilakukan oleh ChatGPT atau apa sahaja yang dihasilkan ChatGPT. Apa lagi setiap hari mendatang dengan teknologi AI yang pelbagai termasuk menulis dan mengarang karya sastera.

 

 

wainuiomata

 

 

Bagi saya, ada sesuatu yang tidak terfikirkan tentang penyumberan luar fakulti kritikal kepada setara  yang besar dalam kesusasteraan. Adakah kemajuan teknologi akan meninggalkan kita, ternganga terkejut dengan tanda-tanda yang kita tidak faham, seolah mati pucuk dalam sihir di luar fahaman? 

 

Saya sangat berharap tidak begitu dan sastera masih diminati walau makin berkurang dan merosot. 

 

Jadi kepada papan kekunci, ajar anak-anak untuk menyimpan catatan dan menulis catatan antara satu sama lain. Jangan tubuh kelab baca buku, tubuhkan kelab penulisan sastera. Tidak kira apa yang ditulis dan dikarang. Tulis sahaja. Ia tidak pernah menjadi tindakan yang lebih penting, atau lebih revolusioner.

 

Begitu pun, sastera makin menjauh dan bahasa Inggeris terus menjadi standard komunikasi, dalam era globalisasi dan perkembangan teknologi yang pesat. Literasi sosiobudaya dan kemahiran bahasa Inggeris memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan moden. 

 

Sastera mungkin untuk warga emas seperti saya yang bila-bila masa boleh pergi menjadi arwah. - DagangNews.com

 

 

Mohd Fudzail Mohd Nor telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL WAINUIOMATA

dagangnews

 

Portfolio Tags