Watch Phone Z5 bantu komunikasi & keselamatan anak | DagangNews Skip to main content

Watch Phone Z5 bantu komunikasi & keselamatan anak

Watch Phone Z5

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Jenama jam pintar kanak-kanak terkemuka global, imoo melancarkan jam terbaharunya Watch Phone Z5 pertama di Malaysia pada 22 Ogos ini.

imoo Malaysia dalam satu kenyataan hari berkata, elemen komunikasi dan keselamatan yang digabungkan bersama telefon bimbit yang mesra kanak-kanak adalah pilihan yang lebih mudah untuk digunakan oleh anak-anak.

"Ibu bapa di Malaysia perlu menghubungi terus anak-anak mereka bagi memastikan keselamatan terjamin pada setiap masa khususnya ketika anak-anak mereka meninggalkan rumah untuk pergi ke sekolah.

Watch Phone Z5

"Susulan pembukaan semula persekolahan di Malaysia, ibu bapa perlu mengawasi keberadaan anak mereka terutamanya ketika mereka berhenti mana-mana lokasi sepanjang perjalanannya. Contohnya di kedai atau pusat tuisyen," jelas imoo Malaysia.

Telefon jam tangan yang dilancarkan itu adalah yang pertama di dunia selain dilengkapi dengan kamera sudut lebar 5MP yang membolehkan ibu bapa membuat panggilan video kepada anak-anak mereka.

Watch Phone Z5

Teknologi tersebut membolehkan panggilan dua hala dibuat iaitu panggilan masuk dan panggilan keluar untuk memastikan ibu bapa dan anak-anak dapat berbual dengan cepat pada bila-bila masa.

Manakala Mod Kelas pula hanya membenarkan anak-anak untuk melihat waktu dan membuat panggilan kecemasan bagi mengelak gangguan.

Telefon jam tangan itu juga dapat digunakan untuk tujuan pesanan suara, video pendek dan perkongsian gambar dengan kapasiti memori hingga 4GB.

Ciri kalis air Watch Phone Z5 juga menjadikan teknologi ini sebagai pilihan utama sebagai alat komunikasi berbanding telefon pintar jenama lain.

Watch Phone Z5

Ciri-ciri keselamatan pula termasuk menjawab panggilan secara automatik selepas 10 saat dan penolakan panggilan sekiranya pemanggil tidak mempunyai rekod nama dan sebagainya.

Jelas imoo Malaysia lagi, Malaysia dilihat sebagai pasaran penting dalam teknologi di Asia dengan jumlah penggunaan telefon pintar yang dianggarkan sebanyak 19.3 juta pada tahun ini.

Selain Malaysia, Watch Phone Z5 juga bakal dipasarkan di negara jiran lain seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

"Ibu bapa boleh membuat pembelian menerusi lebih 100 peniaga sah di seluruh Malaysia pada harga RM699 dengan pilihan warna pink dan hijau," kata imoo Malaysia. - DagangNews.com