Skip to main content

'YES Kasi Up' tambah 150 juta GB data percuma ketika PKP

'YES Kasi Up' tambah 150 juta GB data percuma ketika PKP

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Penyedia perkhidmatan komunikasi di bawah syarikat YTL Communications Sdn. Bhd., YES, memperhebatkan inisiatif 'Kasi Up' dengan menambah 150 juta GB data percuma untuk rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

 

YES berkata, data percuma tersebut boleh didapati menerusi program YES DATABACK yang menawarkan data percuma kepada para pengguna apabila mereka membeli-belah di dalam platform rakan perniagaan YES. 

 

YES DATABACK kini boleh didapati secara eksklusif di platform e-dagang terkenal, Shopee.

 

Pelanggan Shopee akan menikmati 5GB data percuma dengan setiap pembelian berjumlah RM50 di Shopee dan menerima sehingga 100GB setiap bulan.

 

Sementara itu, Pengarah Urusan YTL Communications, Datuk Yeoh Seok berkata, penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP di negara ini menuntut rakyat Malaysia untuk melakukan pendigitalan dengan pantas.

 

"Inisiatif Kasi Up membolehkan kami untuk memberikan data yang sangat diperlukan kepada rakyat. YES DATABACK bukan sahaja memberikan akses data kepada rakyat, ia turut membolehkan mereka berjimat tanpa perlu melanggan pelan data yang mahal

 

"Apa yang lebih menguntungkan ialah mereka boleh menuntut data percuma serta-merta di mana setiap pembelian yang dibuat melalui Shopee mulai Disember 2020 layak untuk menerima ganjaran YES DATABACK secara serta-merta," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Bagi tempoh yang terhad, YES turut menawarkan pelan 'YES Kasi Up Prepaid 15', berharga RM15/sebulan dan didatangkan dengan 10GB data dengan tempoh sah selama 30 hari.

 

 

Berikut merupakan empat tonggak utama inisiatif YES Kasi Up;

  1. YES Kasi Up Prepaid 15, berharga RM15/sebulan menawarkan harga pelan terendah dengan jumlah data paling tinggi dan tempoh sah paling lama.
  2. YES Kasi Up Postpaid 49, berharga RM49/sebulan untuk 100GB data, dengan langganan percuma selama enam bulan untuk kontrak selama dua tahun.
  3. YES Kasi Up Refer & Earn, yang membolehkan para pelanggan YES meraih pendapatan sehingga RM50 setiap kali mereka merujukkan YES kepada rakan-rakan dan ahli keluarga mereka, di mana rakan-rakan dan ahli keluarga mereka juga boleh meraih pendapatan.
  4. YES DATABACK, yang membolehkan para pembeli mendapat data percuma apabila mereka berbelanja di dalam platform rakan perniagaan YES. - DagangNews.com