XOX dan ONEXOX memperkenalkan Pelan Mudah Alih Seisi Keluarga, ‘ONEfamily’ serendah RM39 untuk 48GB data | DagangNews Skip to main content

XOX dan ONEXOX memperkenalkan Pelan Mudah Alih Seisi Keluarga, ‘ONEfamily’ serendah RM39 untuk 48GB data

oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 27 Julai - XOX dan ONEXOX memperkenalkan rangkaian Pelan Mudah Alih Keluarga – ‘ONEfamily’ bertujuan memenuhi keperluan data dan internet harian khusus untuk mereka yang sudah berkeluarga.

 

Pelan ini juga sesuai bagi individu yang mempunyai gajet tambahan seperti tablet, jam pintar atau apa sahaja gajet yang memerlukan sambungan internet.

 

Dengan harga serendah RM39 untuk talian utama, pelan ONEfamily ini antara pelan famili paling mampu milik dan berpatutan di pasaran tanpa sebarang ikatan kontrak.

 

Pelan ‘ONEfamily’ ini menawarkan 48GB data internet, masa bual tanpa had ke semua rangkaian dan 50 SMS setiap bulan untuk talian utama.

 

Seterusnya, pengguna pelan ONEfamily boleh menambah sehingga sembilan (9) talian tambahan dengan harga RM10 untuk setiap satu talian.

 

Setiap talian tambahan yang didaftarkan akan menerima 10GB data, dan data yang diterima akan ditambah ke dalam ‘datapool’ daripada talian utama untuk dikongsi bersama setiap bulan.

 

Pengguna talian tambahan turut menikmati masa bual tanpa had ke semua rangkaian serta 50 SMS setiap bulan. Pakej data tambahan mampu milik juga tersedia untuk pengguna yang memerlukan lebih data dengan harga serendah RM0.75 setiap 1GB.
 

 

xox

 


Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi dan Pengaktifan ONEXOX, Bobie Farid Shamsuddin berkata, dengan Pelan ‘ONEfamily’, ibu bapa tidak lagi perlu mengeluarkan jumlah wang yang banyak untuk talian telefon pintar anak-anak mereka.

 

"Rata-rata kanak-kanak di Malaysia mempunyai peranti tersendiri seawal umur 8 tahun dan penggunaan data mereka sangat minimum.

 

"Oleh itu, dengan tambahan RM10 dan perkongsian data dengan talian utama, ia adalah ciri khas yang sangat berbaloi untuk setiap keluarga,” ujar beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Orang ramai boleh mendapatkan Pelan Mudah Alih Seisi Keluarga ONEXOX, ‘ONEfamily’ daripada pengedar sah ONEXOX mulai hari ini. Untuk maklumat lanjut tentang pelan ini, orang ramai boleh mengikuti platform media sosial serta layari laman sesawang XOX dan ONEXOX untuk perkembangan terkini. - DagangNews.com