Terkini | DagangNews Skip to main content

Nor Azam M. Taib lepaskan jawatan CEO MBSB Bank pada 30 Jun 2024

KUALA LUMPUR 31 Mei - Malaysia Building Society Bhd (MBSB) mengumumkan Datuk Nor Azam M. Taib akan meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif MBSB Bank Bhd pada 30 Jun 2024.

 

George Kent catat rugi bersih RM25.78 juta pada FY2024, pendapatan susut separuh

KUALA LUMPUR 31 Mei - George Kent (Malaysia) Berhad mencatatkan rugi bersih sebanyak RM25.78 juta bagi tahun kewangan 2024 (FY24), berbanding keuntungan RM715,000 setahun sebelumnya.

 

Untung bersih CIMB pada suku pertama 2024 melonjak 17.7% kepada RM1.94 bilion

KUALA LUMPUR 31 Mei - Untung bersih CIMB Group Holdings Bhd pada suku pertama berakhir pada 31 Mac 2024 (1QFY4) meningkat 17.7% kepada RM1.94 bilion didorong pertumbuhan pendapatan operasi yang kukuh serta kawalan kos efektif.

 

Mohamad Ali Iqbal Abdul Khalid dilantik sebagai Penolong Gabenor BNM mulai 1 Jun 2024

KUALA LUMPUR 31 Mei - Bank Negara MalaysiaPelantikan  (BNM) mengumumkan pelantikan Mohamad Ali Iqbal Abdul Khalid sebagai Penolong Gabenor baharu yang berkuat kuasa 1 Jun 2024.

 

RHB Investment semak turun unjuran pendapatan FY24 Econpile sebanyak 13% dengan andaian margin lebih rendah

KUALA LUMPUR 31 Mei - RHB Investment menyemak turun unjuran pendapatan Econpile Holdings Bhd bagi FY24 sebanyak 13% selepas mengambil kira andaian margin yang lebih rendah serta kos operasi lebih tinggi.

 

Petronas catat pendapatan RM89.7 bilion pada suku pertama 2024

KUALA LUMPUR 31 Mei - Petronas mencatatkan pendapatan RM89.7 bilion pada suku pertama 2024, di tengah-tengah ketidakstabilan yang berpanjangan dalam landskap harga.

 

SBH Marine catat untung bersih RM972,000 pada 1QFY24 didorong hasil sebanyak RM40.52 juta

KUALA LUMPUR 31 Mei - SBH Marine Holdings Bhd yang tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia, baru-baru ini mencatatkan untung bersih sebanyak RM972,000 pada suku pertama berakhir 31 Mac 2024 (1QFY24) berdasarkan hasil RM40.52 juta yang diraih daripada pemprosesan serta penjualan

Pertumbuhan kredit bukan kewangan sektor swasta melonjak kepada 5.4% pada April 2024 - BNM

KUALA LUMPUR 31 Mei - Malaysia mencatat peningkatan kredit sektor swasta bukan kewangan sebanyak 5.4% pada April 2024 berbanding 5.2% pada bulan sebelumnya didorong pertumbuhan lebih tinggi bagi pinjaman terkumpul dan bon korporat, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

 

Permintaan domestik, pemulihan eksport dorong pertumbuhan ekonomi pada suku pertama 2024- DOSM

KUALA LUMPUR 31 Mei - Peningkatan penggunaan isi rumah dan pemulihan eksport berikutan permintaan luaran yang lebih tinggi mendorong ekonomi negara berkembang 4.2% pada suku tahun pertama 2024, meningkat daripada 2.9% pada suku tahun sebelumnya.

 

Australia, Britain, Malaysia, New Zealand dan Singapura setuju adakan latihan ketenteraan lebih kompleks di rantau ini, termasuk guna dron

SINGAPURA 31 Mei - Australia, Britain, Malaysia, New Zealand dan Singapura bersetuju untuk mengadakan latihan ketenteraan yang lebih kompleks di rantau ini tahun ini melibatkan dron, pesawat pejuang generasi kelima dan pesawat pengawasan.

 

Subscribe to Terkini